PETALING JAYA: Seorang wanita yang disambar api ketika mengisi petrol
di sebuah stesen minyak di Setapak tiga minggu lalu, meninggal dunia
Sabtu lalu, China Press melaporkan.
Mangsa yang melecur 60% di badannya menerima rawatan di Hospital
Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu dan difahamkan meninggal dunia
akibat jangkitan kuman.
Kejadian itu berlaku pada 28 Jun lalu, apabila mangsa berusia 25
tahun menjawab panggilan telefon ketika mengisi petrol di sebuah stesen
minyak di Taman Setapak Indah, Setapak.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala
Lumpur, Azizan Ismail dilaporkan sebagai berkata, pakaian mangsa hampir
terbakar keseluruhannya dengan kesan melecur di badan, dada dan
beberapa bahagian lain.
Beliau berkata, mangsa masih sedar dan mampu memberi maklumat peribadinya kepada anggota bomba sebelum dikejarkan ke hospital.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa membuka pintu
kiri belakang dan mengambil telefon bimbit yang berdering di tempat
duduk hadapan kereta ketika beliau mengisi petrol.
- China Press
No comments:
Post a Comment