Mereka yang memuat naik bahan propaganda kumpulan militan IS tidak semestinya dianggap pengganas selagi tidak melakukan keganasan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazalan Mohamed.
Beliau mengulas kemunculan surat berita terbitan IS berbahasa Indonesia yang disasarkan kepada umat Islam di Malaysia dan Indonesia.
“Kalau orang yang memuat naik (surat berita itu), dia berminat untuk baca maklumat itu tapi selepas dia baca maklumat itu dia tak bertindak sebagai pengganas, dia tak salah.
“Jadi proses menyiasat dan kenal pasti siapa dia orang yang berminat untuk gunakan maklumat itu jadi pengganas, itu yang kita nak tahu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Surat berita Al-Fatihin (Penakluk) itu didapati boleh dimuat turun dengan mudah dalam format PDF melalui laman perkongsian fail.
Nur Jazlan berkata pihak berkuasa akan hanya menyiasat mereka yang berkemungkinan menjadi pengganas.
“Dan kalau perlu kita tangkap mereka, kita tangkap,” tegasnya
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKKM) bagi mendapatkan maklumat berhubung rangkaian pihak yang memuat naik surat berita militan IS terbabit.
Beliau dalam masa yang sama turut mengakui kerajaan menghadapi masalah menangani aktiviti keganasan rentas sempadan.
“Orang yang nak buat aktiviti dan orang yang nak ancam keselamatan negara ini dia buat dari luar negara,” katanya.
- SUMBER
No comments:
Post a Comment