Tuesday, 19 July 2016

Bersih 2.0 persoal tujuan, keperluan pilihan raya kilat


PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 mendesak DAP supaya menjelaskan secara terbuka mengapa pilihan raya kilat perlu diadakan di Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menegaskan bukan sahaja pilihan raya menggunakan wang rakyat, bahkan mengambil masa dan menghampakan pengundi yang tidak tahu matlamat pilihan raya kilat diadakan.
“Walaupun kita akui demokrasi yang berfungsi membenarkan kerajaan mengadakan pilihan raya namun kami belum jelas tujuan dan keperluan pilihan raya diadakan ketika ini.
“Sokongan pengundi jangan diambil mudah,” tegas Bersih 2.0 memberi peringatan, “Selaku parti politik yang mendakwa ianya bertanggungjawab, ini masanya DAP mendekati pengundi dan memberikan respon sewajarnya, jika tidak gugurkan idea pilihan raya kilat itu.”
Kenyataan menyusuli khabar angin pilihan raya kilat akan diadakan di Pulau Pinang, selepas The Star hari ini melaporkan perwakilan enam orang daripada DAP termasuk pimpinan kanan parti bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membincangkan perkara itu.
Ditemui pemberita, Wan Azizah mengesahkan mesyuarat biro politik PKR malam ini akan membincangkan pilihan raya kilat bersama pimpinan PKR Pulau Pinang.
- FMT

No comments: