Friday 15 July 2016

Mahkamah tolak saman Anwar terhadap SPR larang mengundi


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh pada 2015.

Anwar, yang menjalani hukuman penjara lima tahun, memfailkan saman terhadap SPR pada 7 Mei tahun lalu, sehari sebelum PRK Permatang Pauh, sebagai langkah terakhir membenarkan beliau mengundi.

PRK itu diadakan selepas Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 yang mensabitkan beliau atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohammad Saiful Bukhari Azlan.

Anwar antara lain memohon mahkamah mengisytiharkan beliau layak membuang undi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar turut menuntut SPR mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.

- FMT

No comments: