Islam mengajar umatnya supaya taat dan patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu merupakan seorang yang zalim, kata Mufti Pahang.
Dr Abdul Rahman Osman berkata, terdapat hadis yang menunjukkan rakyat perlu taat selagi pemimpin tersebut tidak menyuruh dan mengajak untuk melakukan kemaksiatan.
"Ada hadis yang menunjukkan kita (rakyat) kena taat kepada pemimpin walaupun dia (pemimpin) zalim, selagi dia (pemimpin) tidak menyuruh kepada kemaksiatan.
"Namun, sekiranya kita sedar pemimpin itu melakukan kesalahan, kita perlu tegur secara senyap dan hormat, bukannya menegur di hadapan orang ramai. Inilah yang diajar di dalam Islam" katanya ketika dihubungi Berita Daily.
Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin dalam menepis dakwaan dan tomahan yang dilemparkan kepada mereka.
Manakala, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, terdapat pelbagai tomahan dan fitnah yang dilemparkan antara pemimpin sesama pemimpin dalam menegakkan kebenaran, padahal perkara seperti ini sangat menjejaskan imej Islam.
Menurutnya, di dalam Islam, sebaik-baik teguran sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan adalah tanpa didedahkan kepada orang ramai.
"Sebaiknya yang dianjurkan di dalam Islam ialah yang pertamanya sekiranya kita melihat kepada sesuatu kesalahan, kita kena nasihat dia supaya memperbetulkan dengan cara tidak mendedahkan kesalahan itu kepada orang lain.
"Malah, kita dikehendaki menutup segala kelemahan seseorang itu, dan bukannya mendedahkan untuk pengetahuan orang lain.
- Berita Daily
No comments:
Post a Comment