Tuesday 12 July 2016

Singapura: Kalau Malaysia naik tol, kami pun naik..


Singapura semalam bertegas akan menaikkan tol yang dikenakan ke atas kereta Malaysia seiring dengan kenaikan yang diumumkan Malaysia.

Menteri Pengangkutannya Khaw Boon Wan berkata ia bagi memastikan Malaysia mengambil kira tindak balas Singapura sebelum menaikkan tol, menurut laporan Channel News Asia.

Khaw menjawab soalan di Parlimen Singapura, ditanya sama ada Singapura akan mengubah kadar Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan bayaran tol bagi kenderaan yang memasuki republik itu.
Malaysia baru-baru ini dilaporkan bercadang mengenakan tambahan RM20 ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura.

Khaw berkata Singapura sentiasa bersikap liberal dan terbuka dalam dasar pengangkutannya dengan Malaysia.

Katanya, bayaran tol hanya dikenakan di kedua-dua laluan Tambak Johor dan Senai-Tuas pada 1998 sebagai respon terhadap keputusan Malaysia mengenakan tol di kedua-dua penghubung itu.
“Prinsip sama akan diguna pakai sebagai tindak balas kami terhadap rancangan Malaysia mengenakan caj jalan raya,” katanya.

“Sekiranya ia mendiskriminasi kenderaan Singapura, kami akan memadankan dengan tindakan sama. Kami akan mengumumkan bentuk respon kami selepas Malaysia menguat kuasakan caj jalan raya dan butirannya diketahui.”

- CNA

No comments: