Thursday, 21 July 2016

Jabatan Kehakiman AS fail saman berkait siasatan 1MDB


LOS ANGELES: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas harta benda yang berkait dengan syarikat kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saman itu, difailkan di Los Angeles, berkata ia mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.”

Saman itu berkata salahlaku yang didakwa itu berlaku sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar dengan tipuan daripada 1MDB.

- Reuters

No comments: