Thursday, 21 July 2016
LGE: P’raya bukan untuk saya, mereka pasti penjarakan saya
GEORGE TOWN: Lim Guan Eng menyerahkan nasibnya kepada rakyat Pulau Pinang untuk memutuskan sama ada saya harus kekal atau berhenti.
Melalui satu kenyataan di Facebook malam tadi, pemimpin besar DAP itu menyedari gesaan pihak tertentu supaya beliau bercuti, sementara perbicaraannya berlangsung.
Ketua Menteru Pulau Pinang itu berkata perbicaraannya merupakan “penindasan secara sistematik” Barisan Nasional keatas musuh-musuh politik, bagi mengalihkan perhatian daripada rasuah dan skandal 1MDB yang menjadi laporan berita antarabangsa.
Guan Eng berkata pendakwaan yang dikenakan terhadapnya seperti nasib Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara.
“Lebih teruk lagi, rakyat Pulau Pinang diketawakan kerana mereka telah memilik Ketua Menteri yang kononnya korup.
“Saya akan melawan fitnah dan pembohongan ini di mahkamah sehingga ke akhirnya, bagi mendedahkan penindasan politik yang jahat dan keji oleh BN, yang akan akhirnya nanti
menyusahkan rakyat Pulau Pinang,” tegasnya.
Petang tadi, Guan Eng berkata pilihan raya kilat perlu diadakan di Pulau Pinang bagi menghidupkan kembali semangat demokrasi rakyat Malaysia, yang terkesan dengan kesalahan kerajaan Persekutuan.
Beliau turut berikrar keputusan untuk memanggil pilihan raya di negeri itu akan hanya diputuskan selepas berbincang dengan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan.
“Pilihanraya ini bukan untuk saya. Mereka pasti akan penjarakan saya.
“Pilihanraya ini adalah supaya rakyat dapat memutuskan jika mereka masih mahu DAP dan Pakatan Harapan terus bekerja untuk mereka,” katanya.
- FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment