Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Pengerusi Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Peguam Mahathir, Mohammad Rafique Rashid Ali muncul di mahkamah bersama Anina dan Khairuddin bagi memaklumkan keputusan itu kepada mahkamah hari ini.
Mohamad Rafique berkata, keputusan itu dibuat kerana Hakim Datuk Abu Bakar Jais memutuskan bahawa mereka boleh membangkitkan perkara itu sekali lagi semasa permohonan Najib untuk membatalkan saman itu didengar kelak.
Mohamad Rafique dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib menjelaskan Hakim Abu Bakar telah menetapkan pada 7 November ini untuk mendengar permohonan pembatalan Najib.
Pada 27 Julai yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Mahathir, Anina dan Khairuddin untuk menyoal balas Najib setelah Hakim Abu Bakar Jais memutuskan isu percanggahan pembelaan Najib boleh dikemukakan semula sekali lagi apabila permohonannya untuk membatalkan saman itu didengar.
Keputusan tersebut dibuat di dalam kamar dengan hakim membaca penghakiman 50 muka surat itu.
Hakim Abu Bakar adalah hakim baru yang dilantik untuk mendengar kes itu selepas Hakim Datuk Rosnaini Saub dipindahkan ke Shah Alam.
No comments:
Post a Comment