Thursday, 4 August 2016

Muhyiddin akan daftar parti baru dengan ROS

 
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai langkah seterusnya selepas dipecat dari Umno.

Dalam tulisan di Facebook, Muhyiddin berkata satu perjumpaan telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

Katanya, beliau akan mengemukakan permohonan itu kepada Pendaftar Pertubuhan dan mendaftar parti politik baru itu dalam masa terdekat.

No comments: