Wednesday, 3 August 2016

Mural Hillary berbikini diganti dengan purdah


GLOBAL Seorang seniman jalanan di Melbourne yang melukis mural Hillary Clinton memakai bikini telah menggantikan imej tersebut dengan purdah selepas diancam akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mural tersebut dilukis di sebuah dinding di kedai skuter di Footscray, lima kilometer di barat Melbourne.

Ia menggambarkan calon presiden Amerika Syarikat itu memakai pakaian renang dengan terselit beberapa wang kertas AS$100 dolar di sisinya.

Pihak berkuasa Maribyrnong menyifatkan mural tersebut menyinggung perasaan dan bukan karya seni serta mengancam akan mendenda Lushox, seperti dilaporkan The Guardian.

"Kami yakin mural ini mengguris hati kerana menggambarkan seorang wanita hampir telanjang, bukan atas dasar hormat kepada Hillary Clinton," kata ketua eksekutif Majlis Bandaraya Maribyrnong, Stephen Wall.

"Itu tidak sesuai dengan sikap kami berkaitan kesamarataan gender," tambahnya.

Menurut Wall, pihaknya telah menghubungi polis Victoria untuk meminta pendapat mereka kerana mengangap mural tersebut bercanggah dengan undang-undang pencegahan grafiti 2007.

Pihak berkuasa itu juga mengancam pemilik bangunan itu dengan denda jika mural itu tidak dipadamkan.

Bagaimanapun Lushox tidak memadamkan mural tersebut, sebaliknya menutupi gambar bikini Hillary dengan menggantikannya dengan purdah.

Mural Hillary ditutupi dengan warna hitam, dengan hanya meninggalkan bahagian mata calon presiden dari parti Demokrat tersebut.

Di sebelah mural Hillary itu, Lushux menulis "Jika wanita Muslim ini menyinggung anda, (maka) anda seorang yang fanatik, seksis dan Islamofobia."

No comments: