Wednesday, 3 August 2016

Parlimen tiada pengawasan ke atas Akta MKN, kata peguam

Dakwaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah di bawah pengawasan Parlimen adalah tidak benar sama sekali, kata Pengarah Eksekutif, Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.

"Kuasa adalah dengan PM. Deklarasi itu (aklan) hanya dibentangkan di Parlimen.

"Oleh itu tidak betul bagi mengatakan bahawa parlimen boleh mengawas atau pengisytiharan mana-mana kawasan keselamatan tertakluk kepada kelulusan parlimen,” kata Paulsen melalui Twitter malam semalam.


Beliau mengulas mengenai apa yang didakwanya sebagai "maklumat salah" yang disebarkan mengenai Akta MKN bahawa Parlimen mempunyai kuasa pengawasan ke atas pengisytiharan kawasan keselamatan dan kuasa di bawah akta itu masih tertakluk kepada kelulusan parlimen.

Peguam itu memetik Seksyen 18 (6) Akta MKN, yang menyatakan bahawa kuasa untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan terletak di tangan perdana menteri.

Menurut akta itu, ketua kerajaan perlu membentanglan deklarasi keselamatan itu kepada Parlimen dalam masa paling cepat yang bersesuaian.

Subseksyen sama juga menyatakan bahawa usul yang diluluskan oleh kedua-dua dewan di Parlimen boleh mengubah perisytiharan itu.

Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi prejudis terhadap tindakan yang telah diambil mengikut pengisytiharan lebih awal.

Ini bermakna bahawa Parlimen hanya akan dimaklumkan mengenai perisytiharaan sesuatu kawasan keselamatan selepas ia telah dikuat-kuasakan.

Oleh itu, walaupun Parlimen boleh menterbalikkan perisytiharaan kawasan keselamatan, kelulusannya tidak diperlukan, seperti yang dinyatakan dalam Akta MKN.

No comments: