Friday, 5 August 2016

Setiausaha Akhbar MB Johor buat laporan polis

Polis-logo
Johor Baharu – Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Ahmad Asri Khalbi, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang didakwa memburukkan reputasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung laporan yang disiarkan portal berita berkenaan, semalam, yang bertajuk “Khaled Nordin restui akaun FB Johor Bangkit serang pemimpin UMNO?”

“Laporan itu dilihat sebagai berita yang memburukkan reputasi Menteri Besar Johor dan kita minta polis menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

“Saya maklum dan menerima laporan yang dibuat. Bagaimanapun, saya akan membuat satu kenyataan akhbar berhubung perkara ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

– BH Online

No comments: