Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.
"Jika ada parti baru yang mahu diwujudkan, saya sebagai menteri dalam negeri akan meluluskannya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno/BN negeri Perak di Kuala Kangsar malam tadi.
Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baru yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno menarik perhatian apabila berkata beliau optimis penubuhan parti politik baharu tidak akan mampu menarik penyertaan anggota BN dan Umno.
"Sejarah telah membuktikan banyak parti yang ditubuhkan sejak 1951, namun tidak mampu bertahan lama.
"Silalah buat parti baru. Ahli Umno dan BN tetap utuh dalam parti sebagai sebuah pasukan, biarkan parti serpihan datang dan pergi, tetapi Umno tetap utuh," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment