Tuesday, 9 August 2016

Zaid tak sertai parti baru ‘contohi Umno’

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan menyertai parti baru, yang akan diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, orang Melayu adalah liberal progressif, berhemah pintar, tinggi moral dan yakin.

Oleh itu, katanya, tidak ada keperluan untuk mencontohi Umno dalam mengingatkan mereka mengenai keperluan untuk membela hak atau bersatu.

“Apa yang perlu diingatkan kepada mereka ialah dunia (ini) luas.

“Bukan orang Melayu memerlukan Umno, tetapi Umno yang memerlukan Melayu. Samalah parti baru,” katanya dalam satu siri posting di twitter petang ini.

Kenyataan itu dibuat seiring dengan tindakan Muhyiddin mengemukakan permohonan mendaftarkan parti baru yang diterajuinya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.

Parti baru itu eksklusif untuk kaum pribumi, manakala bangsa lain boleh menyertai sebagai ahli bersekutu.

- MK

No comments: