“Ia tidak patut jadi acara orang Kuala Lumpur saja, kita sudah lihat perkara ini dalam banyak himpunan BERSIH.
“Kita perlu pergi ke pedalaman dan kita perlu ajak lebih ramai orang terlibat dalam kempen ini,” katanya.
Mengulas perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos lalu, Arutchelvan membangkitkan komposisi peserta yang tidak menggambarkan realiti rakyat Malaysia.
Media arus perdana dan parti pemimpin kerajaan sebelum ini menimbulkan isu dominasi kaum Cina dalam himpunan itu setelah PAS tidak menggerakkan anggotanya secara rasmi.
PSM, kata Arutchelvan, tidak menghalang anggotanya untuk menyertai acara itu.
“Selagi himpunan itu tiada kecenderungan kaum atau agama kami akan sokong,” katanya.
No comments:
Post a Comment