Thursday, 4 August 2016

Peguam: AG wakili k'jaan bukti PM tak libat dalam saman DOJ

Keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempertimbangkan untuk menghadiri atau menghantar pegawainya bagi mengikuti perbicaraan saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika ke atas aset berkaitan 1MDB membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit.

"Nampaknya, kerajaan Malaysia melalui AG akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sebagai peguam pemerhati," kata peguam perdana menteri Datuk Mohd Hafarizam Harun.

"Jadi, PM tidak terlibat kerana peguam negara bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia dan bukannya PM. Saya tidak diarahkan untuk hadir bagi mewakili PM," katanya kepada pemberita.

Hafarizam juga berkata beliau tidak menerima sebarang arahan untuk ke Amerika Syarikat.

Ditanya bagaimana ini menidakkan pembabitan Najib, Hafarizam menjelaskan perdana menteri sebaliknya akan melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam perbicaraan.

No comments: