Friday, 8 July 2016

KPN: Senarai sasaran IS amaran palsu


Gambar yang mendakwa kawasan seperti Publika dan Bangsar akan diserang pengganas IS adalah palsu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Gambar yang tersebar di media sosial dan WhatsApp itu menyenaraikan sembilan kawasan yang kononnya disahkan kerajaan akan diserang IS dan meminta warganegara supaya mengelaknya.
“Kerajaan Malaysia mengesahlah salah satu atau mana-mana kawasan ini akan diserang ISIS. Sila kongsi dan anda mungkin dapat selamatkan nyawa,” menurut gambar itu.
Khalid di Twitter menafikan gambar itu daripada polis: “Amaran ini bukan daripada PDRM.”
Minggu lepas, sebuah kelab malam di Puchong diserang bom tangan dan polis mengesahkan kejadian itu merupakan serangan IS pertama yang berjaya dilakukan di negara ini.
Bagaimanapun, seorang wakil IS kemudian menafikan kumpulan itu bertanggungjawab diatas serangan itu.
- SUMBER

No comments: