Monday 8 August 2016

Azmin tiada butiran parti baru Dr Mahathir

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mempunyai butiran mengenai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana, katanya, parti itu bukan di bawah kendaliannya.

"Tak tahu, tak ada bincang. Bukan parti saya macam mana saya nak tahu.

"Parti saya PKR, saya rapat dengan semua orang satu Malaysia," kata Azmin yang juga adalah menteri besar Selangor selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan loji rawatan air Semenyih 2 di Sepang, hari ini.

Minggu lalu, bkas ketua pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin mengesahkan bahawa keanggotaan parti yang bakal ditubuhkan Muhyiddin hanya akan dibuka kepada masyarakat Melayu dan bumiputera.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi pengerusi parti itu manakala Muhyiddin sebagai presiden.

Selain itu Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing akan dilantik sebagai setiausaha dan bendahari parti itu.

Anggota jawatankuasa yang lain termasuk bekas Ketua Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas Ketua Pemuda Umno Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin pelajar Challenger Syed Saddiq Abdul Rahman, katanya.

No comments: