Dalam satu kenyataan, Puteri Umno Kota Bharu berkata mereka akur dan merasa amat kesal atas kesilapan tersebut.
“Kami juga sedar masih baru dalam politik dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Insiden ini memberikan pengajaran yang amat berharga kepada kami, walaupun pahit.
“Kami akan mengambil iktibar atas keterlanjuran ini,” kata kenyataan yang disiarkan di laman FB Puteri Umno Kota Bharu dua hari lalu.
Rakaman yang tersebar itu menunjukkan empat penari wanita berpakaian menutup aurat dan bertudung tetapi mempersembahkan tarian gelek sebagai pembuka acara tersebut.
Memetik laporan Metro semalam, antara tetamu yang hadir adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Ab Rahman serta semua pimpinan Umno Bahagian.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata mesyuarat perwakilan seharusnya diisi dengan nilai yang baik, bukannya dengan perkara yang boleh memudaratkan perjuangan.
“Tidak salah kalau memperkenalkan budaya warisan seperti zapin dan silat tetapi bukan dengan tarian gelek atau perkara yang boleh memudaratkan perjuangan kita,” katanya menerusi FB.
No comments:
Post a Comment