KUALA LUMPUR: Dengan kelulusan perundangan zalim dan pendakwaan negeri beberapa tahun terakhir ini, Bersih 2.0 mengharapkan Suhakam lebih tampil ke depan.
Bersih 2.0 mengingatkan pengerusi baharu Suhakam Tan Sri Razali Ismail yang badan hak asasi manusia itu diberikan mandat untuk melindungi dan menganjurkan hak asasi manusia, termasuk hak mengadakan perhimpunan aman.
“Ia patut mempertahankan hak asasi manusia,” kata NGO itu dalam satu kenyataan.
“Malaysia patutnya berbangga berada dalam kalangan negara demokratik di dunia,” katanya.
Kenyataan itu berkata peserta himpunan Bersih ialah individu yang patriotik, harmoni dan berdisiplin.
Ribuan orang juga bersungguh-sungguh untuk mengorbankan katil selesa masing-masing dan tidur di jalanan Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 4 berlangsung.
“Ramai yang tidak mandi untuk dua hari kerana mereka mahu melihat kerajaan bebas rasuah. Mereka mahu pilihan raya yang bersih dan bebas,” kata Bersih 2.0.
“Mereka mahu menegaskan hak mereka untuk berbeza pendapat, menegakkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi daripada musnah.”
Kenyataan itu berkata mereka yang seperti itu patut dipuji, bukan dikutuk.
Kenyataan Bersih 2.0 itu dibuat susulan komen Razali semalam yang menggesa NGO itu tidak berhimpun di jalanan.
NGO itu kecewa dengan Razali yang memilih untuk tidak mempertahankan hak asasi manusia berhimpun secara aman seperti diperuntukkan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Bertentangan dengan dakwaan Razali yang perhimpunan Bersih “merosakkan banyak harta benda”, NGO itu berkata Suhakam sendiri memantau himpunan berkenaan.
Ia secara konsisten membuat kesimpulan perhimpunan kedua dan ketiga bertukar menjadi ganas hanya apabila polis menggunakan tindakan melampau untuk menyuraikan peserta yang sedang berhimpun secara aman.
“Polis melepaskan gas pemedih mata, menyimbah air dan memukup peserta,” kata Bersih 2.0 memetik Suhakam sebagai berkata.
“Badan hak asasi manusia itu berkata akibat kekecohan dan kerosakan harta benda tidak boleh dipersalahkan kepada penganjur atau peserta.”
Bersih 2.0 juga menafikan kenyataan Razali yang perhimpunan itu mengotorkan kawasan.
NGO itu mengendalikan sampah dikutip, dan dibuang sepanjang perhimpunan 34 jam itu. Malah, ia mendakwa Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya lebih bersih selepas perhimpunan itu.
- FMT
No comments:
Post a Comment