Sunday 7 August 2016

"Rumah terbuka raya lepas Syawal bukti ekonomi makmur'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron membidas sebaran di media sosial yang mendakwa ekonomi Malaysia sedang menghadapi kemerosotan.
Sebaliknya, Idris berkata rakyat Malaysia menikmati makanan berlebihan hasil daripada kemakmuran ekonomi yang dibawa oleh Umno selama ini.
Beliau memberi contoh mengenai seorang kenalannya yang mahu mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri hari ini, walaupun bulan Syawal telah berlalu.
"Dia kata tak apa, boleh sampai 60 hari. Saya kata, buatlah rancangan di ambang Aidiladha.
"Ini kemakmuran ekonomi. Pasal apa dia buat hari (raya) terbuka tak habis-habis, 29 hari tak cukup? Pasal makmur ekonomi," katanya ketika berucap ketika merasmikan mesyuarat bahagian Umno Ampang untuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini.
"Hari ini larian apa? Marathon kan? Kalau negara tak makmur, boleh lari kat tengah-tengah highway? Dekat Kabul (Afghanistan) semalam, 80 orang mati, dua orang suicide bomber," katanya yang merujuk kepada acara marathon di Kuala Lumpur hari ini.
"Kemakmuran ekonomi ini adalah hasil kerja tangan Umno. Makanan cukup, bahkan melimpah luar. Ini adalah manifestasi sebenar kemakmuran ekonomi," katanya.
"Dan semua ini tak berlaku tiba-tiba," katanya.

No comments: