Sunday 9 October 2016

Polis buru penyokong Baju Merah disyaki serang konvoi Bersih

polis-konvoi
PETALING JAYA: Polis giat mengesan penunjuk perasaan Baju Merah yang disyaki menyerang penyokong Bersih ketika mereka berkonvoi di Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa yang dipetik Star Online mengesahkan polis sedang memburu suspek terbabit dan menyiasat kejadian itu.
Beliau bagaimanapun menafikan laporan kononnya 3 penunjuk perasaan Baju Merah ditahan berhubung serangan yang didakwa berlaku semalam.
Satu rakaman video disertakan dengan laporan itu yang menunjukkan penunggang motosikal berbaju Bersih ditendang 2 kali oleh penunjuk perasaan.

Seorang anggota polis dilaporkan tampil membantu mangsa serangan itu dan kejadian berkenaan berlaku selepas konvoi Bersih dari Teluk Intan melalui Sabak Bernam.
Dua penunggang motosikal itu dikatakan memakai baju Bersih berwarna kuning.
Sementara itu, 3 penunggang motosikal dilaporkan menyerang kereta konvoi Bersih ketika mereka berhenti di pusat bandar Tawau, Sabah, untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai, semalam.
Pengerusi Bersih Sabah, Beverly Joeman yang dipetik NST Online berkata, 3 pemuda bermotosikal itu mengekori konvoi berkenaan, sebelum mereka memecahkan tingkap 2 kenderaan dan mencucuk tayar sebuah lagi kereta.
- StarOnline

No comments: