Monday 24 October 2016

Lihat sisi positif bila bajet universiti dipotong, kata menteri

idris-jusoh
KUALA LUMPUR: Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Menteri pendidikan tinggi itu berkata ia dibuat selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan selain menggalakkan institusi berkenaan memaksimumkan penggunaan asetnya.

“Ia juga selaras dengan Pelan Tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang tidak mahu universiti awam terlalu bergantung kepada kerajaan.

“Sekarang, pergantungan universiti awam kepada kerajaan adalah di antara 70 hingga 90%,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Alumni University of New Haven (UNH) di sini, malam tadi.

Bajet 2017, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat, memperuntukkan RM250 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.

- Bernama

No comments: