Monday 24 October 2016

Kalah saman dengan Anifah, Anwar diarah bayar kos RM100,000

Mahkamah Rayuan memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar kos RM100,000 selepas menolak rayuan pemimpin pembangkang itu terhadap Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Ia berkaitan saman terhadap kenyataan Anifah lapan tahun lalu yang mendakwa pembangkang cuba membeli ahli-ahli politik.

“Kami menolak rayuan ini dengan kos,” kata Hakim Datuk Umi Kalthum Abd Majid yang mengetuai panel tiga anggota.

Anwar diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli.

- MK

No comments: