Monday 24 October 2016

Tiada cadangan ‘halalkan’ judi dalam talian, kata KPN

khalid-online-judi
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang mengesyorkan kepada kerajaan agar “menghalalkan” permainan judi dalam talian walaupun terdapat negara jiran berbuat demikian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana sudah terdapat permainan judi yang dibenarkan di Malaysia termasuk nombor ekor.

“Saya fikir sudah ada permainan judi yang mencukupi untuk orang berjudi, sudah ada Magnum, Toto dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan veteran dan bekas polis Orang Asli bersempena Ulang Tahun 69 Komando ke-47, di sini hari ini.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Singapura membenarkan aktiviti perjudian dalam talian di negara itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan di mana-mana kawasan di Malaysia jika menggunakan fasiliti judi dalam talian di Singapura itu, ia adalah satu kesalahan.

PDRM mengesyorkan beberapa pindaan ke atas Akta Rumah Judi Terbuka 1953, kata Khalid tanpa menghuraikan lebih lanjut.

- Bernama

No comments: