Monday 24 October 2016

RM940 juta unit aset Brazen Sky diuruskan pengurus dana

1mdb-bsi
KUALA LUMPUR: Sejumlah dana bernilai RM940 juta milik subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Brazen Sky diletakkan di bawah pengurus dana, kata Kementerian Kewangan hari ini.

Lembaga pengarah Brazen Sky melaporkan tiada perubahan pada status nilai pelaburan, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-PJ Utara).

Ahli Parlimen itu mempersoalkan nilai pelaburan dan sama ada terdapat mana-mana bank baru yang bertindak sebagai “penjaga” daripada RM940 juta unit milik Brazen Sky Limited.

Pua menegaskan unit-unit itu diuruskan BSI yang lesen perbankan mereka digantung di Singapura.

“Fungsi pengurus adalah berbeza daripada ‘bank penjaga’ yang bertindak sebagai orang tengah.”

Lembaga Brazen Sky mengesahkan bank antarabangsa berlesen itu diberi mandat untuk bertindak sebagai bank penjaga bagi mengambil alih peranan Bank BSI di Singapura, kata kementerian itu dalam jawapan yang diberikan.

Pada Mei dilaporkan Singapura menggantung operasi BSI di negara itu selepas Switzerland prosiding jenayah terhadap bank itu berhubung dengan 1MDB bermula.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik balik lesen BSI kerana pelanggaran peraturan pengubahan wang haram dan dikenakan S$13.3 juta penalti kewangan bagi 41 pelanggaran, termasuk kegagalan menjalankan usaha wajar ke atas akaun yang berisiko tinggi dan memantau urus niaga pelanggan mencurigakan.

Singapura juga merujuk 6 eksekutif kanan BSI kepada pendakwa raya, termasuk bekas ketua pegawai eksekutif dan timbalannya.

- FMT

No comments: