Friday 14 October 2016

Kasino: Guan Eng putar belit fakta, kata Bung Moktar

 bung-mokhtar-guan-eng-casin
PETALING JAYA: Pemimpin Umno hari ini membidas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila menuduh parti Melayu itu menyokong pembinaan sebuah kasino oleh sekutu Barisan Nasional (BN), Parti Barisan Pulau Pinang (PFP).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata Umno tidak menyokong tindakan PFP mewujudkan pusat perjudian itu.

“Lim Guan Eng biasa memutarbelitkan kenyataan, beberapa pemimpin Umno membuat kenyataan yang Umno tidak menyokong parti baharu (PFP) itu untuk menjalankan aktiviti kasino di Pulau Pinang,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan Guan Eng yang Umno sebagai parti pejuang bangsa dan agama menyokong pembinaan resort perjudian di Pulau Pinang seperti Macau.

Katanya, Umno tidak boleh lari daripada kaitan dengan parti baharu terbabit kerana penasihat parti itu, Datuk Zahidi Zainul Abidin merupakan ahli Parlimen Umno Bahagian Padang Besar.

“Tindakan Datuk Zahidi bukan menggambarkan pendirian Umno dalam soal tersebut dan saya tidak hairan kerana inilah kerja pemimpin pembangkang suka putar belit isu,” tambah Bung.

Menurut Bung lagi sekiranya Guan Eng benar-benar “bersih” dan menghormati Islam, sudah pasti kerajaan negeri akan menghentikan aktiviti perjudian dan kelab malam di sana.

“Tetapi saya pasti Guan Eng tidak akan berbuat demikian (tutup tempat judi dan kelab malam) kerana itulah pendapatan parti DAP, melalui kelab-kelab dan judi haram,” katanya.

- FMT

No comments: