Monday 24 October 2016

Bersih hipokrit bila bicara soal pembangkang, kata Pemuda Umno

khairul-azwan-lim-guang-eng
PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mempersoalkan mengapa Bersih 2.0 mendiamkan diri berhubung tuduhan rasuah di negeri-negeri bawah pentadbiran pembangkang.

Beliau mendakwa jika pemantau pilihan raya itu benar-benar komited menegakkan pilihan raya yang bersih dan adil, menentang politik kotor, serta mengukuhkan institusi negara, maka mereka akan juga memberi tumpuan kepada rasuah di kalangan pembangkang untuk dikuatkuasakan.

Beliau memberi contoh kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang didakwa menerima rasuah untuk beliau dan isterinya dengan meluluskan 2 permohonan tukar syarat tanah dan kemudiannya membeli banglonya di bawah harga pasaran.

“Masanya sudah tiba untuk kita mengenali apa siapa Bersih sebenarnya; hanya satu lagi alat politik digunakan bagi menjayakan agenda politik pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Khairul mendakwa Bersih ditenggelami manipulasi DAP dan sedang digunakan untuk melanjutkan agenda emosi pembangkang.

“Kebiadaban membuta tuli mereka terhadap prosedur demokrasi negara berbahaya dan hipokrit, dan ia sedang digunakan bagi menjayakan agenda buta pembangkang yang berasaskan emosi dan bukan logik. Mereka seharusnya lebih tahu.”

Beliau juga menyatakan sokongannya kepada langkah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyenarai hitam syarikat yang terbukti menawarkan dana kepada Bersih.

“Kita mesti berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang menyokong kumpulan yang begitu jelas menentang ketenteraman awam dan Perlembagaan negara. kita perlu meneliti asal usul mereka, cita-cita dan mengapa ia mereka ingin melihat Malaysia terpisah begitu.”

Beliau juga berkata, ramai sudah sedia maklum berkenaan pengaruh asing dalam Bersih dan sekarang adalah masa untuk bertindak terhadap mereka.

- FMT

No comments: