Thursday 13 October 2016

Mahkamah Tangguh Penghakiman Kes Liwat II

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Rabu menangguhkan keputusan permohonan semakan semula kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata mahkamah akan bersidang semula pada satu tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Anwar sebagai usaha akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Anwar, 68, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

- mStar

No comments: