Thursday, 20 October 2016

Halal, Haram Berdasarkan Kandungan Bukan Nama - Mufti Perlis

PETALING JAYA: Halal atau haram tidak bergantung kepada nama tetapi kandungan makanan tersebut, kata Dr Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, buah mata kucing juga halal walaupun haram untuk makan mata kucing.

Beliau juga memberikan contoh lain seperti tahi itik dan kodok.

Secara istilahnya, kedua-dua perkataan adalah haram untuk dimakan, tetapi kuih tempatan dinamakan seperti kuih tahi itik dan cucur kodok adalah makanan yang halal.

“Kita sedar dan perlu memberikan nama yang sesuai kepada orang, kanak-kanak dan sebagainya, termasuk nama produk itu sendiri.

“Namun, jika nama itu sudah digunakan sebelum dipilih, makanan tersebut tidak haram,” jelas Dr Asri di Facebook pada Rabu malam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mencadangkan Auntie Anne menukarkan nama “Pretzel Dog” kepada “Pretzel Sausage” untuk mendapatkan sijil halal.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata isu ini mengarut.

“Keislaman saya tidak terjejas terhadap pemakanan hot dog ini. Ini adalah isu yang sangat mengarut,” katanya.

- mStar
Post a Comment