Dalam satu kenyataan hari ini, Asmawati berkata siasatan mendapati individu yang dibelasah itu menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam kes kecurian di Kuantan bulan lepas.
Katanya orang awam menangkap penyamar itu di Rawang, Selangor dan menyerahkannya kepada polis.
Tiada anggota SPRM terbabit dalam kejadian itu, tambahnya.
“Polis memandang serius berita palsu sebegini kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara agensi. Ia juga berupaya mencalar kredibiliti polis dan SPRM, sekaligus menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kedua agensi,” katanya.
“Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang diviralkan, dan diminta untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih. Jadilah masyarakat yang berhemah dalam menggunakan rangkaian komunikasi atau media sosial.”
Laporan sebelum ini memetik SPRM sebagai berkata ada pihak tertentu cuba mencemar imej suruhanjaya dan mencetuskan konflik antara mereka dan polis.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki menafikan suruhanjaya terbabit dalam kejadian itu dan pihaknya sudah membuat laporan polis di Johor Bahru.
Tags bahasa, pdrm, sprm, pencuri motorsikal, video viral, menyamar polis
- FMT
No comments:
Post a Comment