Rangkaian televisyen diarahkan menggantikan semua program mereka dengan siaran berwarna hitam putih selama sebulan, kata jurucakap kerajaan Leftenan Jeneral Sansern Kaewkamnerd.
Sebaik saja kemangkatan Raja Bhumibol diumumkan, semua stesen televisyen tempatan bertukar kepada program menayangkan gambar dan video hitam putih mengenai raja itu sepanjang 70 tahun pemerintahannya.
Saluran satelit termasuk rangkaian berita antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al Jazeera menggantikan siaran mereka selepas itu dengan program yang sama dengan stesen tempatan.
Arahan itu bermakna hampir semua orang tidak boleh mendapatkan akses kepada berita bebas yang lain menerusi televisyen masing-masing.
Laman web berita Thailand terus menyiarkan bahan berita masing-masing tetapi dengan warna hitam putih.
Akses kepada Internet tidak terjejas. Kebanyakan laman web berbahasa Thai termasuk forum sembang Pantip.com turut bertukar warna keseluruhannya dengan hitam dan putih.
- AFP
No comments:
Post a Comment