Monday 31 October 2016

Siasat Dakwaan George Soros Biaya Bersih - TPM Zahid

Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

"Soalnya bukan "siapa" dibiayai dan "kenapa". Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

"Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu," katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk 'Being Abdullah Badawi', di sini, Isnin.

Menurut laporan media, satu kumpulan asing dipengerusikan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

"Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagai mana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan," katanya.
 
-Bernama

Bajet Selangor hanya retorik, janji lama belum tertunai, kata Adun BN

 
SHAH ALAM: Pemimpin Barisan Nasional menyifatkan Belanjawan Selangor 2017 dibentangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai retorik semata-mata bagi menarik minat rakyat agar mengagumi petadbirannya.

Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, tiada perkara baharu dibentangkan dan hanya mengulangi bajet terdahulu dan cuba meniru kerajaan pusat.

“Saya buat kesimpulan bajet ini banyak retorik kerana beliau (Azmin) bercakap banyak tetapi buat lambat. Banyak diketuk baru buat.

“Kerajaan beri kebaikan dalam skim kesihatan, beliau pun nak beri juga melalui skimnya.Begitu juga dengan skim perumahan. Beliau seperti nak bertanding dengan kerajaan pusat.

“Apa yang dicakap dalam bajet ini sudah banyak kali dan banyak perkara yang belum selesai. Hanya mengulangi perkara yang kononya sedang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas selesai pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Pada masa sama, Adun Batang Kali itu membidas tindakan Azmin yang menambah peruntukan dalam program bas percuma, Bas Smart Selangor sebanyak RM10 juta kepada RM20 juta bagi 2017.

Menurutnya, tidak semua rakyat negeri itu boleh menikmati perkhidmatan bas percuma berikutan laluan khas yang terhad.

“Beliau lebih mengutamakan Bas Smart Selangor yang tidak menyeluruh. Bagaimana dengan penggunaan kenderaan peribadi yang kita lihat masih belum berjaya ditangani, begitu juga pengangkutan awam. Beliau kembangkan lagi Bas Smart Selangor, mungkin kerana ada logonya, hanya untuk menambah popular,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz menyifatkan belanjawan negeri itu hanya wayang kulit Azmin.

“Nampak cantik di atas kertas. Kita hendak tengok hasilnya. Saya bagi contoh, Adun Sekinchan menegur pentadbiran Dewan Negeri yang mengenai pelaksanaan bantuan perkahwinan di Selangor. Borang sudah dihantar tetapi pemohon masih tidak mendapat duit berkenaan walaupun sudah mengandung.

“Saya nampak bajet ini bajet wayang kulit sahaja. Tunjuk defisit lepas itu jadi bajet seimbang. Ini semua wayang kulit sahaja,” katanya.

- FMT

Reezal Merican pertahan Husni bangkit isu 1MDB

Reezal-Merican-Naina-Merican
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, ia adalah hak bekas menteri kewangan itu selaku wakil rakyat untuk mempersoalkan isu 1MDB.

“Saya tak kata tak amanah. Dia punya hak untuk tanya, untuk ceritakan perkara dalam perbincangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Buku “Being Abdullah Ahmad Badawi” di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini.

Timbalan menteri luar itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu seluruh Kabinet disoal siasat berhubung skandal 1MDB, jika Husni akan disiasat kerana membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Pemimpin parti Islam itu berkata, Husni tidak perlu disoal siasat, sebaliknya keseluruhan Kabinet perlu disiasat adakah mereka sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB, selain soalan Husni perlu dijawab polis dan peguam negara.

Minggu lalu, Husni mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1MDB yang didakwanya menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan, selain mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.

Reezal yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Husni bagaimanapun tidak pernah membangkitkan isu 1MDB dalam mesyuarat parti, sebaliknya ahli MT lain yang membangkitkan isu itu.

“Tak pernah dengar Husni bangkit (isu 1MDB) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Ada rakan pernah bangkit.

“Untuk mendedahkan perkara yang dipersetujui bersama, beliau perlu bertanggungjawab,” katanya.

- FMT

Berdepan usul digantung, Lim anggap berani kerana benar

Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan selepas didakwa menghina Speker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketika ditanya wartawan sama ada beliau bimbang sekiranya digantung sebagai Ahli Parlimen, Lim berkata beliau 'berani kerana benar'.

"Ia satu kenyataan, bukan subjudis. Saya buat sidang media ini kerana nak memberi respon terhadap sidang media dia (Pandikar). Berani kerana benar," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Kerajaan sebelum ini dilapor akan membawa satu usul dalam tempoh terdekat berhubung tindakan Lim yang didakwa tidak menghormati Pandikar.

Lim pada 25 Oktober lalu mendakwa Pandikar mengarahkan beliau keluar daripada Kamar Khas yang bersidang, sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lim mendakwa Pandikar memberi 'syarahan' mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum mereka saling bertekak antara satu sama lain dan Lim diarah keluar daripada sidang itu.

Sebelum keluar dari dewan, Lim juga dilihat berkata kepada Pandikar bahawa anggota dewan dipilih oleh rakyat, manakala jawatan speaker itu dibuat menerusi lantikan.

MP UK juga pernah keluar dewan

Menurut Lim, sebelum ini Pandikar menyebut bahawa tiada wakil rakyat berjalan keluar semasa pembentangan belanjawan di Parlimen di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, Lim mendakwa beliau telah membuat kajian dan mendapati pada pembentangan belanjawan tahun 1981 semasa pentadbiran Margaret Thatcher, ramai anggota parlimen daripada parti konservatif meninggalkan sidang ketika menteri kewangan ketika itu, Geoffrey Howe berucap.

"Adakah Pandikar akan memohon maaf kepada anggota parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan Belanjawan 2017 Datuk Seri Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar.

"Atau adakah beliau akan menuduh saya mempersendakan Speaker di luar Parlimen?" soalnya.

Justeru, beliau turut mempersoalkan sama ada Pandikar akan meletakkan jawatan sebagai Speaker bagi mencontohi dewan rakyat di negara demokratik.

Malah, beliau juga mempersoalkan sama ada Pandikar akan membenarkan anggota parlimen pembangkang mempengerusikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut menjadi amalan House of Commons UK serta di negara-negara demokratik yang lain.

"Dahulu kita pernah melantik anggota parlimen menjadi Speaker sehinggalah Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1964.

"Adakah Pandikar akan mengiktiraf kejanggalan sistem ini dan meletakkan jawatan sebagai Speaker yang dilantik untuk memberi laluan kepada seorang anggota parlimen demi mengotakan kata-katanya untuk mencontohi bagaimana dewan perwakilan negara demokratik beroperasi?,"soalnya.

- MK

Timb speaker tolak usul halang IGP siasat Husni

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee enggan membuat sebarang ketetapan bagi menghalang polis menyoal siasat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan.

Menurut Lim Guan Eng (DAP - Bagan) Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "melanggar kemuliaan parlimen" dengan menyiasat bekas menteri kewangan kedua itu.

Kata Lim seseorang anggota parlimen memiliki kekebalan atas ucapan yang dibuatnya di parlimen.

Justeru kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang speaker mesti membuat ketetapan menghalang polis menyiasat Ahmad Husni.

Ronald bagaimanapun berkata siasatan dijalankan kerana ada tiga laporan polis dibuat mengenai isu berkenaan dan beliau tidak akan mencampurinya.

"Jika ada laporan polis, polis bertanggungjawab untuk menyiasat.

"Kekebalan parlimen tidak bersifat mutlak, ia tertakluk kepada Akta Hasutan," katanya.

Di sebalik gesaan Lim dan bapanya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) untuk speaker melindungi hak anggota parlimen Ronald tetap dengan keputusannya tidak membuat sebarang ketetapan.

Ahmad Husni dijadual memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman tengah hari ini berhubung ucapan perbahasannya yang menyentuh 1MDB di Dewan Rakyat minggu lalu.

- MK

Belanjawan Selangor 2017 bukan bajet ‘ikat perut’, kata Azmin

azmin-belanjawan
SHAH ALAM: Pembentangan Belanjawan Selangor 2017 kali ini bukan bajet “ikat perut”, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan tanpa menghiraukan jumlah yang dibelanjakan untuk 2017 nanti.

“Kita tidak ‘mengikat perut’ rakyat. Kita berbelanja tetapi dalam berbelanja, kita mengutamakan pembangunan. Jika kita tidak mengutamakan pembangunan, tanah air dan bangsa tidak akan punya masa hadapan,” katanya semasa membentangkan bajet di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Azmin berkata demikian sebagai reaksi terhadap perbentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada 21 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, kerajaan negeri mengganggarkan perbelanjaan berjumlah RM3.45 bilion bagi 2017 untuk melaksanakan perancangan dan agenda kerajaan negeri.

Jelasnya, peruntukan itu khusus kepada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

“Kerajaan negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan 2017 berjumlah RM3.45 bilion bagi melaksanakan semua perancangan dan agenda.

“Daripada jumlah itu, RM1.65 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan,” katanya.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, bajet kali ini dijangka mengalami defisit berjumlah RM900 juta berpunca daripada peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan bagi memenuhi keperluan pembangunan mampan yang berkualiti untuk rakyat.

“Di bawah peruntukan mengurus, RM427.9 juta adalah bagi emolumen dan RM543.16 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. Manakala, RM18.34 juta diperuntukkan kepada pembelian aset.
“Sejumlah RM608.11 juta disediakan untuk pemberian dan kenaikan bayaran tetap serta RM52.49 juta untuk perbelanjaan lain,” katanya.

Sementara itu, sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan untuk kenaikan gaji tahunan kakitangan awam berikutan langkah rasionalisasi skim perkhidmatan awam.

Manakala skim air percuma diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM183.2 juta untuk program berkenaan.

Selain itu, RM209 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan sektor kesihatan dan pembangunan luar bandar menerusi pembentangan belanjawan negeri itu.

Katanya, peruntukan tersebut meliputi pelaksanaan program skim penjagaan kesihatan yang memberi tumpuan terhadap pembangunan kesihatan luar bandar.

“Jumlah ini meliputi 11.6% diperuntukkan bagi pelaksanaan program skim penjagaan kesihatan asas (primary health care) dan program menangani wabak denggi dan zika.

“Selain itu, peruntukan ini meliputi pembangunan ekonomi luar bandar serta membangun prasarana asas bagi tujuan kemudahan di desa serta menaiktaraf jalan kampung,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan meneruskan program pengecualian cukai taksiran dan fi lesen perniagaan bagi kumpulan sasar yang sama.

Katanya, ini berikutan rakyat masih dihisap darah mereka melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Bajet 2017 Putrajaya yang “mengikat perut” rakyat.

“Kerajaan negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan awal bagi memastikan pengecualian ini dilaksanakan serta merta mulai 1 Januari 2017,” katanya.

- FMT

8 menteri, 3 MB sertai Najib ke China

Bahasa,-najib-razak,-lawatan,-china
BEIJING: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak tiba di sini pada Isnin untuk lawatan rasmi 6 hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan 2 hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini pada 12.30 tengah hari waktu tempatan, sama waktu seperti di Malaysia.

Najib dan Rosmah disambut Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Liu Zhen Min dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya serta isteri Datin Fairos Ishak.

Lawatan atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang itu, merupakan yang ketiga oleh Najib sejak 2009.

Sebelum ini, perdana menteri melakukan lawatan kerja ke China pada Mac lepas bagi menghadiri Forum Boao bagi Asia (BFA) di Hainan.

Najib turut disertai Perutusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Kiong.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Turut menyertai rombongan berkenaan ialah pemimpin negeri termasuk Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Pada Khamis, Najib akan mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping, diikuti majlis makan malam yang dihoskan oleh Xi dan isteri Peng Liyuan sebagai penghormatan kepada Najib dan Rosmah Mansor, di Rumah Tamu Negara Diaoyutai.

Najib yang juga menteri kewangan, dijadual mengadakan pertemuan 2 hala dengan Li pada Selasa selepas menghadiri majlis sambutan rasmi di Great Hall of the People.

Najib dan Li akan menyaksikan lebih 10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan, diikuti majlis makan malam yang dihoskan Li bagi meraikan Najib.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat China (NPC) Zhang Dejiang akan membuat kunjungan hormat ke atas Najib.

Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama perniagaan China dan menyaksikan lebih 10 perjanjian antara syarikat Malaysia dan China, antaranya berkaitan pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan loji penyahgaraman air, e-dagang, pembuatan panel solar, pembinaan, pelaburan, pembangunan dan kewangan.

Najib juga akan menyampaikan ucaptama pada jamuan tengah hari Forum Perniagaan Malaysia-China yang akan dihadiri lebih 400 ahli perniagaan dari China dan Malaysia.

Pada Jumaat, Najib akan melancarkan Pavilion Pelancongan Malaysia mengenai Alitrip, yang merupakan satu platform e-dagang bagi memudahkan pelancong, terutama pelancong dari China, mempelajari lebih lanjut mengenai destinasi pelancongan di Malaysia.

Najib juga dijadual melawat Taman Perindustrian Baharu Gu’an di Wilayah Hebei dan akan menaiki kereta api berkelajuan tinggi dari Beijing ke Tianjin, selain mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di China.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 manakala Malaysia merupakan rakan dagang kelapan terbesar China serta rakan dagang terbesar dalam kalangan 10 negara Asean.

Data yang dikeluarkan China menunjukkan jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China tahun lepas berjumlah US$97.3 bilion (RM408.4 bilion) dan pada Ogos tahun ini, dagangan berjumlah AS$54.3 bilion (RM227.9 bilion).

- Bernama

Najib selalu isytihar cukainya, kata Azalina

azalina-najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak pernah gagal mengisytiharkan cukainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), Azalina berkata pengisytiharan itu dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut undang-undang.

“Najib isytihar cukainya setiap tahun kepada LHDN, berdasarkan kepada kiraan dan kadar ditetapkan lembaga itu,” katanya.

Terdahulu, Ko bertanya Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri, adakah beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengisytiharkan cukai pendapatan mereka secara umum, sama seperti amalan Presiden Barack Obama dan bekas perdana menteri Britain David Cameron.

Beliau juga bertanya adakah pasangan itu akan mengumumkan badan amal yang menerima sumbangan peribadi daripada mereka.

Azalina tidak menjawab soalan itu, dan berkata dengan ringkas:”Itu hak mana-mana pemimpin untuk menyumbang kepada mana-mana badan amal.”

Pengkritik sebelum ini berulang kali mempersoalkan sama ada perdana menteri membayar cukai untuk sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Bagaimanapun, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata Najib tidak perlu membayar cukai daripada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, kerana cukai sepatutnya ditanggung penderma, bukan penerima.

- Dewan Rakyat

Jika Husni pun tak tahu,adakah polis tahu?

Tindakan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1MDB di parlimen setelah gagal mendapat jawapan yang meyakinkan di kabinet wajib dipuji.

PAS menasihatkan pihak polis supaya tidak membazirkan tenaga dan masa mereka untuk menemuramah Ahmad Husni yang telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh lama. Malah, pada 20 Oktober lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis masih pada tahap mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung 1MDB.

Soalan Ahmad Husni sebenarnya perlu dijawab polis dan Peguam Negara, dan bukannya pihak berkuasa sebaliknya membawa beliau untuk disoal siasat. Ahmad Husni membangkitkan soalan iaitu:
Mengapa kita tubuhkan 1MDB? Dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh International Petroleum Investment Company (IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja yang didaftar di British Virgin Island?
Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit di tempat yang tidak betul? Dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

Jika seorang menteri kewangan kedua seperti Ahmad Husni yang bekerjasama dengan menteri kewangan pertama - yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - tidak mempunyai hak untuk bertanya di parlimen, apakah lagi rakyat biasa yang inginkan kebenaran mengenai isu 1MDB didedah?

Jika Ahmad Husni perlu disoal siasat, seluruh kabinet juga perlu disoal siasat – apakah mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB?

Tren kargo tergelincir, kejadian terburuk dalam tempoh 130 tahun

Datuk Ir Nawawi Ahmad
BATU GAJAH: Kejadian tren kargo tergelincir di KM200.283 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Batu Gajah di sini, semalam merupakan kejadian terburuk berlaku dalam sejarah perkhidmatan kereta api negara dalam tempoh 130 tahun.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata walaupun sebelum ini berlaku beberapa insiden kereta api tergelincir, namun ia tidak seteruk kejadian itu.

“Selama ini, kalau tergelincir pun hanya jatuh dan terbalik sahaja, namun kerosakan kali ini umpama serangan garuda sehingga semuanya rosak dengan dahsyat.

“Oleh kerana gerabak itu kosong dan tiada muatan, ia menyebabkan gerabak mudah berlanggar satu sama lain.

“Mungkin kalau ada muatan, ia lebih kukuh kerana setiap satu gerabak tanpa muatan adalah 12 tan manakala jika ada muatan ia seberat 45 tan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nawawi berkata ekoran kejadian itu dianggarkan kos kerugian yang terlibat mencecah puluhan juta ringgit.

“Satu lokomotif berharga RM12 juta manakala satu gerabak berharga RM400,000,” katanya.

Pada kejadian 3.15 pagi Jumaat lalu, 2 lokomotif dan 40 gerabak dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.

Dalam insiden itu, 2 lokomotif dan 25 gerabak mengalami kegelinciran.

- Bernama

Bekalan Air Di Lima Kawasan Dijangka Pulih Sepenuhnya Hari Ini

KUALA LUMPUR: Hanya lima kawasan yang terletak di tanah tinggi dan penghujung sistem agihan air iaitu di daerah Kuala Langat dan Hulu Langat masih mengalami gangguan bekalan air, dan dijangka pulih sepenuhnya pagi Isnin.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata kawasan tersebut ialah di Batu 9 Kebun Baru, Taman Dato Hormat, Kampung Sungai Kelambu, Taman Bukit Semenyih dan Taman Desa Kenanga.

Segala usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan tekanan air dan menstabilkan agihan bekalan air dan bantuan bekalan air akan terus dihantar dengan lori tangki ke kawasan tersebut, katanya.

Syabas berkata bekalan air di hampir semua kawasan di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat hampir pulih sepenuhnya sehingga 4 petang hari ini.

"Kawasan tersebut ialah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang," menurutnya.

- mStar

Spekulasi China jamin keluar SRC sengaja cetuskan kontroversi

china-src-1
PETALING JAYA: Spekulasi penjualan aset oleh bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International, ditepis sebagai usaha pihak tertentu untuk mencipta kontroversi.

Sumber Kementerian Kewangan menepis spekulasi laporan berita Singapura yang menguar-uarkan China mahu mengambil alih aset SRC untuk melangsaikan beban hutang syarikat itu.

“Mengapa China perlu jamin keluar SRC semata-mata untuk melangsaikan hutang pokok RM600 juta dan bayaran faedah bagi tahun 2017? Sedangkan jumlah itu boleh diperoleh dari dalam negara dan luar negara,” kata sumber kementerian itu.

Akhbar Straits Times Singapura hari ini melaporkan perunding daripada Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan China mengambil alih aset SRC International bagi memperoleh modal baharu yang akan membantu membiaya pinjaman 10 tahun SRC yang bernilai RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Sumber bagaimanapun memberitahu: “Ini satu lagi cubaan untuk mencipta kontroversi sedangkan tiada apa pun.”

Straits Times berkata SRC membayar RM164 juta faedah tahunan kepada KWAP, tetapi perlu membayar RM660 juta tahun depan, dan RM964 juta pada 2018, dalam usaha untuk menyusutkan nilai baki hutang pokok.

Ia memetik seorang eksekutif kewangan yang terbabit dalam penstrukturan korporat di 1MDB yang berkata salah satu pilihan untuk menyelesaikan krisis hutang itu adalah menjual aset dan liabiliti syarikat.

Tetapi sumber memberitahu: “Nampaknya individu terbabit tidak berminat untuk mencari cara membantu ekonomi Malaysia sebaliknya mencipta teori palsu untuk menjatuhkan kerajaan dan negara.”

Laporan itu berkata, memetik laporan tahunan SRC 2014, syarikat memiliki RM305.6 juta pelaburan di Malaysia dan RM3.8 bilion lagi di luar negara, dan melaporkan kerugian RM164.5 juta bagi tahun berakhir Mac 2014.

- FMT

Umno Guna Fakta, Kebenaran Tepis Kenyataan Bekas Pemimpin Parti

KUALA LUMPUR: Umno akan menggunakan fakta dan kebenaran bagi menepis kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin parti itu, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dibuat bekas anggota kabinet serta pemimpin pembangkang.

"Segala tindakan politik harus dilawan secara politik, kita mesti ada keberanian, kita tidak perlu membalasnya dengan pencemaran nama baik, kita tidak balas dengan fitnah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jelajah penerangan pimpinan bersama akar umbi Umno Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas anggota Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoal beberapa keputusan kerajaan terutama mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Parlimen.

Turut hadir pada majlis tertutup itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Annuar berkata anggota Umno pula tidak seharusnya terikut-ikut dengan cara politik pembangkang yang menggunakan kaedah bertentangan dengan budaya dan agama di negara ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata beliau sedia berdebat dengan bekas menteri terbabit, dan meminta mereka juga sanggup berbuat demikian apabila membuat sebarang tuduhan di Dewan Rakyat.

"Jangan guna imuniti Parlimen dengan cara tempang, sekurang-kurangnya jadilah Anggota Parlimen yang baik, anda mesti membenarkan wakil rakyat yang lain untuk bertanya dan terlibat secara positif, bukan bermonolog," katanya.

Ditanya sama ada bekas-bekas menteri berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Annuar berkata ia terpulang kepada keputusan Peguam Negara.

Katanya tiada sesiapa yang terkecuali daripada diambil tindakan mengikut undang-undang sekiranya melakukan sesuatu kesalahan.

Mengulas sama ada Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun dan bekas Menteri Kewangan Kedua akan diambil tindakan kerana mempersoal mengenai isu 1MDB, Annuar berkata: "Tidak berbangkit soal tatatertib".

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyatakan dengan jelas apabila saya bertanya beliau, beliau berkata tiada apa yang kami tidak boleh memberi respons atau menjawab dan kerajaan akan menjawab semasa sesi penggulungan (Dewan Rakyat) nanti.

"Semua akan dijawab," katanya.

- mStar

Turki pecat 10,000 lagi penjawat awam pasca rampasan kuasa

turkey
ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki memecat lebih 10,000 penjawat awam, sebagai tindakan keras terhadap gerakan rampasan kuasa yang gagal pada Julai lalu, menurut kenyataan rasmi.

Sejumlah 10,131 penjawat awam disingkirkan, kebanyakannya daripada kementerian pendidikan, kehakiman dan kesihatan, kata pengumuman yang disiarkan Sabtu lalu.

Pemecatan itu susulan amaran Majlis Eropah kepada Turi terhadap mewujudkan semula hukuman mati.

“Melaksanakan hukuman mati tidak sesuai dengan keahlian Majlis Eropah,” kata 47 ahli organisasi itu termasuk Turki menerusi Twitter, sehari selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kerajaannya akan meminta Parlimen mempertimbangkan pengenalan kembali hukuman itu susulan cubaan rampasan kuasa.

Hukuman itu dimansuhkan di Turki pada 2004 ketika negara itu ingin menyertai Kesatuan Eropah.

“Tak lama lagi, jangan risau. Ia akan berlaku tak lama lagi, insya-Allah,” kata Erdogan kepada penyokongnya di Ankara pada Sabtu dan khalayak menjerit:”Kami mahu hukuman mati.”

Kerajaan semalam turut mengumumkan penutupan 15 outlet pro Kurdi dan media lain.

Pemilihan rektor universiti juga ditangguhkan dengan Erdogan yang akan memilih pemenang daripada calon yang dipilih oleh pihak berkuasa pendidikan negara itu.

Langkah itu diambil 3 bulan selepas kerajaan mengumumkan darurat susulan cubaan tentera yang gagal untuk menyingkirkan Erdogan.

Lebih 35,000 orang ditahan sejak itu dan berdozen guru, pegawai polis dan hakim digantung kerja atau dipecat.

Ankara menuduh pendakwah Islam Fethullah Gulen yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat sebagai dalang dalam cubaan menyingkir Erdogan – dan dia menafikan.

Erdogan, yang masih belum menetapkan jadual untuk memperkenalkan semula hukuman mati, berkata kerajaannya akan membawa cadangan ke Parlimen, di mana ia pasti diluluskan, membenarkannya untuk mengesahkan cadangan berkenaan.

- AFP

Wednesday 26 October 2016

Hamzah: Subsidi hanya untuk minyak masak 1kg

hamzah-minyak
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini memberi jaminan harga minyak masak 1kg kekal pada RM2.50, tetapi subsidi untuk kategori lain dimansuhkan.

“Apabila saya kata kami mahu melakukan rasionalisasi, sesetengah orang ingat harga minyak masak akan naik RM3.70 hingga RM3.90 sekilogram.

“Saya berkata, subsidi perlu dikekalkan,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak khabar angin mendakwa Putrajaya bercadang memansuhkan subsidi minyak masak 1kg, pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, subsidi untuk minyak masak kategori lain dihapuskan, termasuk minyak masak peket plastik 5kg, mulai Selasa depan.

“Saya mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan kami setuju paling penting ialah kumpulan berpendapatan rendah.

“Kami faham mereka ni selalu beli pek 1kg. Itu sebabnya saya mengumumkan hari ini yang harga untuk peket plastik 1kg kekal RM2.50,” katanya.

Hamzah berkata, kerajaan mengambil kira beberapa aspek sebelum menyemak semula harga untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi, termasuk kenaikan harga minyak sawit mentah dalam pasaran semasa.

Katanya, pemansuhan subsidi perlu dilakukan susulan purata kenaikan RM600 setiap tan metrik minyak sawit dalam tempoh kurang setahun, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan tambahan RM400 juta bagi menampung subsidi minyak masak untuk tahun ini sahaja, disebabkan inflasi.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak peket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai 1 November ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

- FMT

Harga minyak masak ikut pasaran, kecuali paket 1kg

 













Harga minyak masak berkuat kuasa 1 November ini akan mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.

"Bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.

"Saya nak umumkan harga minyak masak (1kg) dikekalkan sebanyak RM2.50 sekilogram," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.

Katanya, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Ia juga mencetuskan belian panik di kalangan pengguna menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di kedai dan pasar raya.

- MK

BNBBC siar video dakwa MP Segambut dihalau kerana biadab

Malis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mendakwa anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng tidak berterus terang menceritakan kenapa beliau dihalau speaker Dewan Rakyat dalam kamar khas parlimen semalam.

BNBBC dalam laman webnya turut memuat naik video yang menurutnya membuktikan sikap biadab wakil DAP itu yang didakwa tidak mahu mendengar penjelasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai ‘serangannya’ terhadap penambahbaikan Parlimen.

“Nampaknya sudah jadi kebiasaan segelintir ahli-ahli parlimen pembangkang bersikap kurang ajar terhadap speaker terutama ketika sesi di Dewan Rakyat,” menurut laporan itu.

Berikut transkrip pertengkaran mereka, seperti dalam video dimuat naik BNBBC:

Pandikar: Ini saya tidak mahu bangkitkan, tetapi terpaksa saya bangkitkan, Yang Berhormat. You like ridiculing the speaker dalam kau punya kenyataan akhbar. But I choose not to answer you, because I choose to be professional. But I would like to remind you, last year you challenge me to resign my post because penambahbaikan parlimen. In your opinion, was not implemented.

You buat kenyataan akhbar. Saya tidak ada chance untuk jawab balik sebab jika saya jawab balik I look ridiculous.

OK. Satu penambahbaikan yang kita buat adalah ini (kamar khas), is the result of the improvements. This is the result of the efforts some of us MPs made, but you choose to ridicule me all the time.

Saya ada baca satu buku yang ditulis oleh Selwyn Lloyd, Mr Speaker, Sir. Kalau di England, kalau ada MP yang tidak hormat pada speaker...

Lim: (Bangun) Mr Speaker, I'm not here for you to lecture me, okay?

Pandikar: Will you sit down? Can you sit down? Can you sit down?

If you can lecture about me out there, and the public reads it and you enjoy it, and when I am lecturing you (inside) the chamber in my authority, you don't want to listen to me.

(Pandikar tuding ke arah Lim.)

Lim: You don't point your hand at me.

Pandikar: Sit down!

Lim: No, I won't sit down! What can you do?

Pandikar: Sit down!

Lim: No, I won't!

Pandikar: (Kepada bentara) Tolong, Please ask him to get out.

Lim: You are a disgrace to Parliament!

Pandikar: Ask him to get out.

Lim: Disgrace!

Pandikar: You think you're not a disgrace?

Lim: We're elected, you're appointed.

- MK

Bung: Apa dosa Rosmah, dia rampas harta awamkah?















Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata apa yang telah dilakukan oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sehingga peserta BERSIH melakukan perbuatan biadap terhadapnya.

"Apa dosa sangat isteri perdana menteri ni.

"Ada dia rampas harta awamkah, ada dia ceroboh rumah tanggga di sinikah, tidak ada," katanya semasa perbahasan Bajet 2017 semalam.

Bung Mokhtar, yang menyifatkan perbuatan itu sebagai amat jahil dan biadap, merujuk kepada insiden ketika peserta BERSIH 4 meletakkan penyapu di gambar Rosmah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sebagai seorang pemimpin, kita harus menghormati.

"Kalau BERSIH buat kerja mereka, buatlah, tapi ini menampakkan mereka biadap,"katanya.

Beliau menggesa Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan turut meminta ketua polis negara mengambil tindakan terhadap mereka.

"Kalau BERSIH itu mengikut lunas undang-undang, menuntut sesuatu tentang ketelusan pilihan raya, itu tidak mengapa, memang dibenarkan undang-undang.

"Tetapi membawa gambar isteri perdana menteri disapu dengan penyapu, itu pada saya perbuatan biadap," katanya.

Menjawab soalan anggota parlimen Rasah, Teo Kok Seong sama ada tindakan sama perlu diambil terhadap gerakan Baju Merah yang dikaitkan dengan Umno dan perhimpunan anti-BERSIH, Bung Mokhtar berkata beliau "berjalan di tengah-tengah".

Maria sebelum ini menjawab kenyataan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor yang mendakwa beliau berdiam diri terhadap perbuatan yang melampaui batas dalam BERSIH 4.

Beliau pada masa itu berkata setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyatakan kemarahan mereka tetapi ia tidak menyebabkan sebarang keganasan fizikal terhadap mana-mana pihak.

- MK

Kes Azmin cabar keputusan 1MDB jadi rahsia rasmi 18 November

azmin-1mdb
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai 1MDB, kepada 18 November.

Azmin mencabar keputusan ketua audit negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya berikutan pihak responden baru menerima dokumen berkaitan permohonan itu Isnin lepas.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang ditemui pemberita berkata mahkamah juga menetapkan 3 November untuk pengurusan kes. Mahkamah dijadualkan mendengar permohonan menteri besar Selangor itu hari ini.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR, memfailkan permohonan berkenaan pada 15 Ogos lepas dan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Azmin menuntut suatu deklarasi tindakan responden pertama iaitu perdana menteri yang mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Amrin) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, beliau menuntut suatu perintah mandamus bagi memaksa semua responden, pekerja, pegawai, ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berperlembagaan kerana melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan tidak munasabah.

- FMT

Lebih 6,000 pekerja GLC, MKD diberhentikan

Lebih 6,000 orang yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) kehilangan pekerjaan masing-masing tahun ini.

Menurut Kementerian Kewangan daripada jumlah itu 5,134 adalah pekerja yang berkhidmat di bawah GLC.

Seramai 4,682 diberhentikan atau tidak disambung kontrak oleh Malaysia Airlines Systems Bhd (MAS) manakala selebihnya dari Malaysia Airlines Berhad (dua orang), Kumpulan Affin (146); Boustead Holdings Bhd (151) dan Chemical Company of Malaysia Bhd (153 people).

Sementara itu dua syarikat di bawah MKD turut mengambil langkah sama, membabitkan seramai 1,000 kakitangan yang bertugas di bawah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) manakala 36 lagi dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

"Pemberhentian pekerja ini disebabkan beberapa faktor termasuk penamatan operasi syarikat, penggabungan entiti dan proses penyesuaian persekitaran perniagaan pada sesuatu masa.

"Namun demikian syarikat memastikan setiap pekerja yang terlibat ditawarkan pampasan kewangan yang adil dan berdasarkan hak masing-masing mengikut perjanjian kolektif sedia ada," kata kementerian kewangan di parlimen semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya mengenai statistik kehilangan pekerjaan ekoran langkah pengurangan pekerja GLC dan MKD pada tahun ini.

- MK

Pusat khidmat MP PKR kena simbah cat merah

Pusat khidmat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh disimbah dengan cat merah malam semalam.

Menurut pemimpin PKR itu, beliau percaya tindakan itu berkaitan pembabitannya dengan perhimpunan dan siri jelajah oleh BERSIH.

Menurut Fuziah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki yang memakai topi keledar menyimbah cat pada jam 11:36 malam.

Rakaman itu memaparkan bahagian pintu depan pusat perkhidmatan berkenaan disimbah dengan cat merah.

"Ini mungkin ancaman, sebagai isyarat kepada kami untuk tidak meneruskannya. Bagi saya, ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

"Macam Ah Long (pemungut hutang). Ini cara Ah Long mengancam rakyat," kata Fuziah memberitahu Malaysiakini.

"Ini adalah pusat perkhidmatan, apa mesej yang mahu mereka cuba sampaikan?" soalnya.

Menurut Fuziah, beliau percaya serangan itu berkaitan dengan usaha untuk menggagalkan siri jelajah BERSIH 5, berikutan ‘provokasi’ ke atas konvoi BERSIH di Rompin dua hari lalu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pejabat parti politik dan pusat khidmat wakil rakyat sering kali menjadi sasaran dan disimbah dengan cat merah.

Ini termasuk pusat khidmat Umno di Bukit Antarabangsa, yang disimbah dengan cat hitam dan merah pada tahun 2012.

Setahun sebelum itu, ibu pejabat DAP Pulau Pinang disimbah dengan cat jingga dan merah.

Pejabat Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok disimbah dengan cat merah manakala ayam mati dicampakkan di tangga pejabatnya pada tahun 2014.

Pada tahun yang sama, cat merah juga disimbah di pejabat portal laman web Malaysiakini dan seekor itik hidup ditinggalkan di hadapan pintu pejabat itu.

- MK

Ideas syor perketat pantau GLC ekoran isu 1MDB

Dalam kajian terbarunya, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) mengesyorkan supaya diperketatkan pemantauan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengelak kelemahan dalam tadbir urus korporat, seperti yang melanda 1MDB.

Idea berkata 1MDB - yang mengumpulkan hutang sehingga RM42 bilion pada 2014, berjumlah 2.5 peratus daripada KDNK Malaysia - adalah contoh bagaimana sesebuah GLC yang tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah kepada negara.

Walaupun pihak berkuasa ada mengambil langkah untuk menangani isu-isu berkaitan 1MDB selepas bantahan awam, kajian itu mendapati pengawasannya masih lemah dan longgar.

Ia menegaskan bahawa 1MDB mengalami masalah akibat pinjaman berlebihan pada kadar faedah yang tinggi, yang membawa kepada risiko mungkir pinjaman dan kesan sebaliknya terhadap penarafan kredit.

Badan-badan pengawasan dan kawal selia seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu memainkan peranan yang lebih kukuh dalam mengawasi GLC untuk mengelak timbul masalah yang sama pada masa akan datang, kata Ideas.

Kajian itu juga mengesyorkan supaya kelulusan Parlimen mesti diperolehi sebelum pengeluaran surat jaminan untuk menyokong pinjaman GLC.

Ia turut mengesyorkan supaya undang-undang diwujudkan untuk melarang GLC daripada membiayai parti politik atau ahli politik individu, berikutan dakwaan bahawa dana 1MDB telah disalahgunakan untuk membiayai pilihan raya.

Kajian itu juga mencadangkan diwujudkan pendaftaran semua GLC yang sedang beroperasi - kerana pada waktu ini jumlahnya tidak diketahui - untuk mengesan dan mengukur prestasi mereka; menetapkan dengan jelas nisbah hutang-pada-ekuiti bagi GLC, menetapkan jumlah had pinjaman; dan menyekat pegawai awam dan pengawal selia menganggotai lembaga pengarah GLC bagi mengelak berlaku konflik kepentingan.

Ideas turut mengesyorkan supaya diwujudkan peraturan bagi membendung pengambilan keuntungan daripada aset milik negara, seperti apabila 1MDB menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga 42 kali daripada harga awalnya, dan memberi mandat kepada ketua audit negara untuk menjalankan audit terperinci ke atas GLC.

- MK

PM Thai nafi kritik Najib di Twitter

thai-pm-najib-twitter-1
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha menafikan mempunyai akaun Twitter atas namanya yang membuat kenyataan mengkritik rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan hari ini, perdana menteri berkata beliau dan Najib sahabat yang rapat.

“Untuk laman web (akaun Twitter) yang didaftarkan dengan nama saya, saya tidak pernah ada (akaun Twitter).

“Saya dan perdana menteri Malaysia, kami kawan rapat,” katanya dan menambah sebagai pemimpin dalam Asean, beliau mematuhi prinsip kumpulan serantau itu yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.

“Kami berdua (Prayut dan Najib) adalah pemimpin negara, oleh itu banyak perkara urusan dalaman, jadi ia akan diselesaikan oleh negara itu sendiri berdasarkan prinsip Asean,” katanya.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di Bangkok pada 21 dan 22 Oktober lepas untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Grand Palace.

Raja itu mangkat pada 13 Oktober setelah gering sekian lama.

Prayut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun Twitter palsu itu.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan, beliau mendapati kejadian serupa turut berlaku di negara lain.

- Bernama

‘Waktu menegur tamat, kini waktu keluar Umno’

PETALING JAYA: Sudah terlewat untuk ahli Umno mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata seorang bekas ketua cawangan Umno.

Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menggesa ahli Umno bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.

“Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan Umno,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama Presiden Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dibalas dengan tindakan disiplin.

“Jelas Umno sudah tidak dapat diselamatkan, sebarang teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya

Memetik pepatah “busuk ikan bermula dari kepala”, Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata hanya ahli Umno yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.

Pada Disember lalu, Lembaga Disiplin Umno memutuskan untuk menggantung keahlian 8 ketua cawangan di Teluk Kemang selama 6 tahun kerana menggesa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden.

Rushdan yang pernah mengetuai Umno Cawangan Rista Villa Perdana turut dipanggil Jawatankuasa Disiplin ekoran tindakannya membakar buku Perlembagaan Umno pada 26 Jun lalu, sebagai simbolik membantah pemecatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang kini ahli PPBM memaklumkan sebahagian besar ahli GKCM sudah menyertai parti yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Kebakaran Di ICU HSA Tragedi Tidak Dapat Dilupakan - Saksi

 
JOHOR BAHRU: Suasana kelam-kabut dan asap tebal yang menyelubungi Wad Neurologi akibat kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi Selasa menjadi satu pengalaman mencemaskan yang tidak mungkin dapat dilupakan beberapa pesakit di hospital berkenaan.

Keadaan yang pada awalnya agak huru-hara bagaimanapun terkawal dengan tindakan cekap jururawat dan petugas hospital menenangkan serta memberi arahan jelas kepada para pesakit di wad untuk keluar menyelamatkan diri.

Melahirkan rasa syukur kerana selamat daripada bencana lebih buruk, beberapa pesakit di wad itu berkongsi detik kejadian yang mencemaskan.

N. Jatish, 28, tidak menyangka kejadian itu berlaku pada hari terakhirnya menjalani rawatan sakit batu karang setelah lima hari mendapat rawatan di Wad Neurologi, yang terletak di tingkat tiga HSA.

Ketika kejadian, Jatish yang ditemani anggota keluarga sedang menunggu surat kebenaran keluar hospital daripada doktor dan berasa hairan melihat asap memenuhi ruang wad dan menjadi semakin tebal.

"Masa itu, keadaan agak huru-hara dan panik. Kemudian kedengaran arahan meminta kami (para pesakit) turun melalui tangga dan memakai penutup hidung dan mulut sebelum dibawa keluar ke kawasan selamat," katanya ketika ditemui Bernama di sebuah bilik sementara di Blok A (Anggerik) HSA.

Jatish berkata beliau sempat membantu seorang warga emas yang berada di katil sebelahnya sebelum mereka bersama-sama turun melalui tangga dan keluar dari bangunan itu.

Sementara itu, Muhadzir Lewon, berkata ketika kejadian beliau sedang menunggu giliran untuk rawatan dialisis di Wad Neurologi.

"Saya berada di sebuah bilik khas sebagai persediaan untuk menjalani rawatan harian dialisis kerana sakit buah pinggang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berasa hairan kerana tiada jururawat atau petugas yang berada di bilik itu untuk memeriksanya, lalu keluar untuk melihat apa yang berlaku.

Sejurus keluar dari bilik itu, dia mendapati keadaan wad gelap dan dipenuhi asap.

"Tiba-tiba, saya diarahkan memakai penutup hidung dan mulut lantas diminta bergerak keluar melalui tangga oleh jururawat bertugas sebelum dibawa ke kawasan selamat," kata penjawat awam berusia 39 tahun itu.

Pada kebakaran yang bermula 8.56 pagi itu, enam pesakit, terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki maut.

Mereka adalah antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di HSA.

Dua kakitangan HSA dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang kakitangan dirawat di HSA akibat terhidu asap.

- mStar

Sultan Johor Titah Tempatkan Pesakit Di Wad Diraja HSA

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan wad diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) digunakan untuk menempatkan pesakit susulan kebakaran yang memusnahkan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Baginda bertitah ketika berkenan melawat hospital itu berikutan kejadian yang mengorbankan enam pesakit pada pagi Selasa.

Sultan Ibrahim tiba di HSA dari Mersing pada 1.50 petang dan diberi taklimat oleh pelbagai agensi dan kakitangan hospital berhubung insiden itu.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah juga berkenan melawat hospital berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insiden itu memberi pengajaran kepada pihak berkuasa negeri supaya kejadian sama tidak berulang.

"Bangunan lain dalam kawasan HSA dalam keadaan selamat. Kami akan meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Mohamed Khaled turut mengucapkan takziah buat keluarga terlibat dan kerajaan negeri akan membantu keluarga waris yang terkorban.

"Majlis Agama Islam Johor (Maij) akan memberi bantuan RM100,000 buat semua keluarga mangsa, dan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan yang diperlukan keluarga waris," katanya.

Terdahulu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim menerusi laman Facebook menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

- mStar

Shafie, Ahmad Husni Tak Berpendirian Tetap Bila Bangkitkan Soal 1MDB

KUALA LUMPUR: Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap.

Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

"Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan oleh kabinet dan ketika itu Shafie menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu... tapi kenapa masa itu tiada bantahan.

"Saya pernah jadi menteri, selepas itu calon bebas bertanding lawan BN, tetapi dalam kempen saya tidak mengungkit apa perkara yang saya bersetuju bersama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukannya bersifat populis kerana mahu menentang Barisan Nasional (BN).

Mohd Shafie, Anggota Parlimen Semporna yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan berhubung 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat Selasa.

Pada Isnin, Ahmad Husni iaitu Anggota Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua turut membangkitkan isu sama selain menggesa kerajaan menguruskan ekonomi negara lebih cekap dan telus.

Sementara itu, Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Ahmad Husni dan Mohd Shafie sepatutnya memberi tumpuan membincangkan kelemahan dasar dan bukannya soal pelaksanaan kerajaan semata-mata.

"Dalam Islam, pemimpin salah ditegur, bukan buang... 1MDB pada pokoknya adalah amat baik, tetapi bermasalah dalam pelaksanaannya.

"Soal pelaksanaan dalam konteks 1MDB sekarang ada proses tertentu (untuk penambahbaikan) yang tengah berjalan, kedua-dua mereka perlu menunjukkan kematangan dalam perkara ini," katanya.

- mStar

Kerajaan BN Tetap Akan Bina Hospital Tanjong Karang

TANJONG KARANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janji untuk membina Hospital Tanjong Karang bagi memudahkan penduduk di sini dan kawasan sekitar mendapat rawatan terbaik.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pada masa ini kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.

"Pembinaan Hospital Tanjong Karang tetap akan dilaksanakan seperti dijanjikan dan dimaklumkan surat tawaran pun telah diberikan oleh JKR kepada kontraktor," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penduduk berketurunan India dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini Selasa.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina hospital itu sebaliknya bakal membangunkan sebuah klinik pergigian di tapak hospital itu di Sungai Terap.

Katanya klinik itu pada awalnya dicadang dibangunkan di tapak asal iaitu bersebelahan perhentian bas di pekan Tanjong Karang, namun terpaksa dipindahkan ke tapak hospital itu demi keselesaan penduduk kawasan sekitar.

Hospital itu yang bakal dibina di kawasan seluas 16.1 hektar dan dijangka memanfaatkan lebih 20,000 penduduk sekitar akan menempatkan pakar dalam pelbagai bidang kesihatan sekali gus memudahkan penduduk tempatan mendapatkan rawatan terbaik.

Ia akan menjadi pusat perubatan utama menggantikan hospital sedia ada di bandar Tanjong Karang, yang bakal dijadikan pusat untuk rawatan pesakit luar.

Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata kerajaan juga terpaksa menambah peruntukan RM19 juta lagi kepada pembinaan hospital itu yang pada awalnya dianggar RM250 juta.

Berhubung laporan polis yang dibuat Lembaga Urus Air Selangor mengenai wujudnya unsur sabotaj oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata beliau mahu salinan laporan itu dikemukakan kepada pihaknya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan mendakwa wujud unsur sabotaj oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan loji di Sungai Semenyih itu terpaksa ditutup untuk kali ketiga dalam tempoh sebulan dan kali kelima tahun ini berikutan pencemaran bau yang dikatakan berpunca dari sebuah kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.

- mStar

Bomba Johor Nafi Kebakaran Sekolah

                                       Antara gambar sekolah sedang terbakar yang menjadi viral di media sosial
 
JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor pada Selasa menyangkal dakwaan berlaku kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 di sini hari ini.

Ia berikutan sebuah gambar sekolah sedang terbakar menjadi viral di media sosial.

"Gambar itu merupakan gambar kejadian kebakaran di sekolah lain pada 2014 dan diviralkan semula dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab," kata Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Riduan Akhyar ketika dihubungi Bernama.


Selain gambar, turut diviralkan ialah dakwaan bilik guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek juga terbakar.

Bagaimanapun, imej yang viral hari ini merupakan gambar kejadian sebenar melibatkan Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau di sini dalam kebakaran pada April 2014.

Dalam insiden itu, beberapa makmal komputer di sebuah blok sekolah berkenaan terbakar selepas dipanah petir.

Insiden Di Johor Tiada Kaitan Unsur Keganasan - KPN

SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dan letupan di stesen minyak di Taman Mount Austin di Johor Bahru, Johor pada Selasa tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden itu.

"Setakat ini tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur keganasan. Jadi orang ramai jangan menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan 100 unit Kerusi Roda kepada PDRM oleh Kelab Rotary Petaling Jaya di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian sejurus sebelum 9 pagi tadi, seramai enam pesakit maut apabila Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah terbakar.

Enam jam kemudian, seorang lelaki maut dipercayai akibat letupan daripada kebakaran tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak di Taman Mount Austin di Johor Bahru.

Khalid berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kedua-dua kejadian itu.

"Siasatan yang dilakukan adalah menyeluruh...jika ada elemen sabotaj, kita akan mengenal pasti perkara itu," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 100 unit kerusi roda di sumbangkan Kelab Rotary Petaling Jaya kepada PDRM sebagai tanda mengenang jasa warga polis yang banyak berbakti kepada masyarakat.

"Sumbangan ini membuktikan Kelab Ratory prihatin dengan pengorbanan warga PDRM. Kerusi Roda Ini akan diagihkan kepada kontijen PDRM di seluruh negara mengikut keperluan," kata Khalid.

Beliau turut dikurniakan anugerah Paul Harris iaitu anugerah tertinggi kepada individu oleh Kelab Rotary Peringkat Antarabangsa.
- mStar

Tuesday 25 October 2016

'Saya dulu memang diktator, MT, kabinet semua dungu'

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator ketika menjadi perdana menteri keempat.
Bagaimanapun, beliau memberikan jawapan penuh sindiran tajam, seperti yang sering dilakukannya.

“Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada saya.

“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.

“Majlis Tertinggi Umno dan kabinet agak dungu dan saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.
Beliau mengulas tulisan bekas timbalannya Tan Sri Musa Hitam dalam buku biografinya Frankly Speaking.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir juga membandingkan dirinya dengan diktator-diktator dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.

“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.

Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.

Beliau terus lantang mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, melibatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
- MK

Kerajaan tidak pernah tipu data, kata Najib

najib-2
SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata pentadbirannya tidak pernah memanipulasi data dan statistik bagi mengelirukan orang awam, dan berserah kepada rakyat bagi menentukan kebenaran.
“Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan dalam kabinet bahawa kita mesti mengutamakan kebenaran dan hak. Bukan memanipulasi fakta untuk kepentingan diri dan kumpulan yang kecil,” kata perdana menteri seperti dipetik Bernama, dalam ucapan yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 malam semalam.
Seminar tersebut bertemakan “fiqh tabayyun” atau menyemak asas kebenaran, dan dianjurkan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang dipengerusikan Tan Sri Dr Abdullah Md Zin.
Najib berkata perkara sama tidak dilakukan oleh pengkritik kerajaan.
“Mereka beranggapan kebenaran adalah milik eksklusif mereka semata-mata… apabila diberikan hujah balas, mereka menganggapnya sebagai ‘propaganda’ kerajaan, malah menuduh kita setaraf Joseph Goebbels dan Hitler,” kata Najib tanpa menyebut siapa yang dimaksudkan.
Bagaimanapun ia dipercayai ditujukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang bulan lalu membandingkan penyokong Najib kepada Hitler dan pegawai propagandanya Goebbels.
Najib yakin majoriti rakyat akan menyokong kerajaan sekiranya mereka menyemak kebenaran sesuatu berita.
“Berlandaskan fitnah, pembohongan dan hasutan, Malaysia ini sudah bankrap dan muflis entah untuk kali yang ke berapa. Faktanya, pembentangan Bajet 2017 memberi gambaran sebenar bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh, utuh dan kuat…yang bankrap dan muflis sebenarnya adalah kelompok kecil yang lahap dan haloba kuasa,” kata beliau.
Jumaat lepas, Najib membentangkan bajet bernilai RM260.8 bilion, bagaimanapun ia diselar sebagai tidak realistik oleh wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat ketika ucapannya.

- FMT

Dr Mahathir Dedah Dua Surat Musa Hitam

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan isi kandungan dua surat rahsia ditulis bekas timbalannya, Tun Musa Hitam mengenai punca peletakan jawatannya dari Kabinet pada 1986.
Dalam satu kenyataan di blog miliknya pada Isnin, Dr Mahathir berkata beliau telah membaca biografi 'Frankly Speaking' yang diterbitkan Musa di mana beliau menulis peletakan jawatannya tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Sebaliknya, Musa mendakwa beliau meletak jawatan kerana dituduh oleh Dr Mahathir cuba menggulingkan bekas perdana menteri itu.
Menafikan dakwaan itu, Dr Mahathir melampirkan dua pucuk surat ditulis Musa dengan surat pertama bertarikh 5 Julai 1984 dan surat kedua, 31 Julai 1984.
"Saya bersetuju peletakan jawatan Musa tiada kaitan dengan Tengku Razaleigh. Untuk membuktikannya, saya melampirkan dua pucuk surat ditulis oleh Musa kepada saya mengenai sokongan beliau terhadap pelantikan T.R sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian," kata Dr Mahathir secara sinis.
Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat mengekalkan keinginan Musa untuk merahsiakan surat itu kerana biografi bekas timbalannya itu membayangkan tiada apa yang ingin disembunyikan.
Surat pertama.
Beliau tidak menyiarkan salinan surat asal yang sukar dibaca sepenuhnya.
Namun beliau melampirkan transkrip apa yang diperkatakan.
Dalam surat pertama, Musa menasihatkan Dr Mahathir mengenai pelantikan T.R, yang mungkin dimaksudkan sebagai Tengku Razaleigh, sebagai Menteri Perdagangan dan PerIndustrian.
Surat kedua.
Surat kedua pula merupakan notis awal daripada Musa mengenai hasratnya untuk meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
"Untuk melihat bagaimana berterus-terangnya cerita Musa mengenai dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca, jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan," kata Dr Mahathir.
Bekas Perdana Menteri itu juga secara sinis mengatakan bahawa negara terlepas peluang besar untuk melihat 'hubungan rakan rapat' antara Tengku Razaleigh dan Musa.
"Amat malang. Jika saya dikalahkan oleh T.R, kita mungkin boleh melihat hubungan rakan rapat antara T.R dan Musa dalam kerajaan. Negara mungkin menjadi lebih maju menjelang tahun 2000 atau lebih awal.
"Kita terlepas peluang yang baik," katanya.
- mStar

Monday 24 October 2016

Ku Li: Majlis Raja-Raja boleh campurtangan sekiranya berlaku krisis

ku-li-raja2-1
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah berkata Majlis Raja-Raja mempunyai peranan sekiranya krisis melanda negara, dan menambah ia perlu dilakukan demi kebaikan rakyat dan negara.
“Sekiranya urustadbir tertegun, dan ketiga cabang kerajaan (eksekutif, perundangan dan kehakiman) mempunyai kekurangan, Majlis Raja-Raja boleh pimpin.
“Ia boleh dilakukan. Lagipun, mengikut sejarah Raja-Raja merupakan sumber Perlembagaan kita. Maka adalah wajar sekiranya negara kembali ke Raja-Raja jika Perlembagaan, sama ada secara sengaja atau tidak, diketepikan,” katanya.
Razaleigh, lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata demikian dalam ucapan pelancaran buku, “The End of Umno? Essays on Malaysia’s Dominant Party” di suatu kelab peribadi di sini.
Ahli Parlimen berkhidmat di Dewan Rakyat sejak 1974 itu berkata Majlis Raja-Raja wujud sebagai semangat Perlembagaan walaupun tanpa pertubuhan yang berstruktur, seperti mempunyai belanjawan yang bebas dan struktur pentadbiran yang menyeluruh.
“Perkara yang saya mahu tekankan ialah Majlis Raja-Raja boleh berfungsi sebagai kuasa kolektif disamping tiga cabang kerajaan demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Razaleigh.
Kenyataannya itu dilihat dalam konteks bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bulan lepas untuk mempersembahkan Deklarasi Rakyat.
Dr Mahathir kemudiannya berkata beliau gagal meyakinkan Agong akan tuntutan yang dinyatakan dalam deklarasi itu yang mengandungi 1.4 juta tandatangan.
Bagaimanapun, mereka yang mendalangi Deklarasi Rakyat mengutus surat kepada semua Raja-Raja – merayu tindakan diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan salahlaku.
Surat itu dihantar sebelum Majlis Raja-Raja bersidang pada 11 Oktober hingga 19 Oktober.
“Kita mahu tahu sama ada Majlis Raja-Raja mempunyai pandangan tentang 1MDB dan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas aset yang diperoleh menggunakan dana yang didakwa digelapkan daripada 1MDB, dan apa tindakan yang sepatutnya diambil,” kata Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri itu berhujah oleh kerana rakyat berhasrat dan merupakan rakyat Raja-Raja, maka Raja-Raja bertanggungjawab ke ats nasib warga.
Dokumen itu, dan gerakan yang dilancarkannya, ditepis pimpinan Barisan Nasional sebagai usaha sia-sia untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
- FMT

Menteri beri 5 contoh BERSIH berniat guling BN

ULASAN l Saya diminta oleh Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming, untuk membuktikan BERSIH berniat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Cukuplah kita berpura-pura menganggap BERSIH tidak menyebelahi mana-mana parti dan tidak mempunyai motif politik. Ibarat sudah terang lagi bersuluh, akui saja BERSIH adalah alat bagi parti pembangkang dan bukannya badan yang kononnya memperjuangkan penambahbaikan pilihan raya.
Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai tindakan mereka membuktikan hakikat itu.
Saya berikan lima contoh seperti berikut:
1. Pemimpin yang menyertai ceramah penutup BERSIH 4 secara terbuka meminta peserta perhimpunan menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, BN dan berjanji untuk menolak kerajaan memerintah menerusi peti undi.
2. Pemimpin BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin, berucap di beberapa majlis membabitkan calon pilihan raya parti pembangkang termasuk kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.
3. BERSIH tidak memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil, sebaliknya secara aktif menyertai siri perhimpunan anti-GST anjuran pembangkang dengan alasan "pekerja juga adalah pengundi". Sistem percukaian moden yang diterima di seluruh dunia tiada kena mengena dengan penambahbaikan pilihan raya.
4. Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menghadapi beberapa tuduhan rasuah di mahkamah tidak didesak meletak jawatan, sebaliknya diundang untuk melancarkan siri jelajah BERSIH di Pulau Pinang - terang-terangan bercanggah dengan amalan tadbir urus baik, garis panduan kakitangan awam dan amalan demokratik.
5. Bertentangan dengan prinsip demokratik, BERSIH 4 dan BERSIH 5 mendesak perdana menteri meletak jawatan walaupun perdana menteri sudah disiasat serta disahkan bebas daripada sebarang salah laku oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
6. Ambiga selaku Pengerusi BERSIH pada waktu itu, secara terbuka mengulangi segala dakwaan pembangkang berhubung pengundi hantu yang kononnya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mensabotaj bekalan elektrik, namun disanggah oleh laporan PEMANTAU milik BERSIH yang mengesahkan tiada bukti ditemui berkaitan pengundi hantu atau gangguan bekalan elektrik.

Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi
- MK

Bajet 2017: ‘Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya...’

Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi amaran bahawa matlamat Bajet 2017 tidak akan tercapai jika peruntukan kerajaan itu tidak disalurkan dengan betul.
“Fokus betul-betul. Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya it becomes nothing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Kita beri (peruntukan) kepada semua orang hingga ia jadi begitu sedikit," katanya.
Ini adalah kali pertama Husni membahas sejak digugurkan jawatannya pada bulan Jun, selepas diberitahu bahawa beliau akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet.
Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian untuk mengetahui sektor mana yang seharusnya pelaburan dibuat.
Ini katanya, adalah bagaimana negara-negara seperti Korea Selatan mampu melonjakkan negara mereka daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi satu.
Beliau juga berkata semua kementerian perlu melihat kekuatan dan kelemahan secara holistik.
- MK

1MDB akan 'hantui' BN pada masa depan, kata bekas menteri Zikri Kamarulzaman

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) hari ini menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan bagaimana masalah kewangan dan skandal 1MDB akan memberi kesan kepada survival Malaysia.
Ini adalah kali pertama Ahmad Husni membahaskan isu kontroversi 1MDB sebagai wakil rakyat selepas menghabiskan tujuh tahun sebagai seorang menteri kabinet, yang kebetulan bertepatan dengan jangka hayat 1MDB.
Ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Ahmad Husni mahu kerajaan mempertimbangkan beberapa kesan negatif akibat kontroversi 1MDB.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) cakap persepsi menentukan survival kita
“Katalah, saya tak sebut DOJ (saman sivil Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) lah, katalah kes itu tak menyebelahi kita, bagaimana persepsi terhadap negara kita?
“Katalah kes AS4 bilion dengan Aabar (BVI) itu hilang, sekarang pun tak dapat, apa jadi kepada persepsi terhadap negara kita?” soalnya di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahmad Husni merujuk kepada dana 1MDB yang bertujuan untuk usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI) tetapi sebaliknya disalurkan ke dalam sebuah syarikat lain yang tidak berkaitan.
Husni yang juga adalah Ahli Parlimen Tambun, turut menyoal bagaimana persepsi ke atas Malaysia akan terjejas jika International Petroleum Investment Co (IPIC) ke atas 1MDB menang di mahkamah timbangtara antarabangsa bagi mendapatkan semula AS$ 6.5 bilion.
Beliau berkata skandal berkenaan akan menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya.
“Mungkin pilihan raya akan datang BN akan menang tapi bagaimana lepas itu,” soalnya.
- MK