Tuesday 2 August 2016

Monyet serang posmen di kem tentera, curi dokumen sulit


Dokumen sulit tentera telah dicuri dari sebuah kem tentera di Melaka, dalam satu ‘serangan’ oleh sekumpulan monyet.

Menurut The Star, monyet itu menyerang secara tiba-tiba seorang posmen yang mengagihkan surat di Kem Terendak dan melarikan tiga dokumen sulit.

Kejadian itu dilaporkan berlaku hanya beberapa saat, dan menyebabkan posmen berusia 33 tahun itu cedera.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kecurian yang berlaku dua hari lalu, dan polis sedang menghadapi tugas sukar mengesan monyet berkenaan.

"Pernah berlaku kes serangan di kem tentera, sekolah, dan juga masjid di kawasan itu," kata Pengarah, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Melaka, Noorzakiahanum Mohd Noh yang dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Sebelum ini, kira-kira 18 bulan lalu, sekumpulan monyet mencuri semua barang-barang dari kereta seorang askar, termasuk wang tunai, kad ATM, lesen memandu dan peralatan menyelam skuba.

No comments: