Sunday 9 October 2016

Khairy selar Baju Merah serang konvoi Bersih 5

kj
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyelar tindakan segelintir ahli gerakan Baju Merah yang dilaporkan menyerang seorang peserta konvoi motosikal Bersih 5.0 di Sabak Bernam, Selangor semalam.
Beliau yang juga menteri belia dan sukan berkata tindakan berkenaan tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini yang mengamalkan demokrasi.
“(Insiden) ini kita tidak boleh terima. Sesiapa saja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam dan saya harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, hari ini.
Seorang pemuda bermotosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5.0, dilaporkan diserang segelintir penyokong ahli gerakan Baju Merah ketika melalui satu kawasan di Sabak Bernam yang menjadi viral di laman sosial.
- Bernama

No comments: