Saturday, 1 October 2016

Kumpulan Baju Merah Demo Desak Guan Eng Letak Jawatan

GEORGE TOWN: Konvoi bermotosikal kumpulan 'baju merah' berkumpul di Persiaran Gurney di sini pada petang Sabtu bagi menggesa peletakan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sekurang-kurangnya 100 anggota polis daripada pasukan Light Strike Force (LSF) telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai melaungkan 'undur Guan Eng' dan menggesa Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizan Abdul Rahim berkata kumpulan belia parti itu akan mencabar Bersih 2.0 jika perhimpunan itu diteruskan.

Selain itu Rafizan berkata kumpulan turut merancang untuk berkumpul di Komtar.

- mStar
Post a Comment