Tuesday 4 October 2016

Sumber saya Rafizi, Jamal beri ‘bukti’ Bersih diresapi IS (VIDEO)


jamal2
jamal3
KUALA LUMPUR: Lebih 50 penyokong Gerakan Baju Merah hari ini menemani pemimpin mereka Datuk Jamal Yunos hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan bukti berdokumen mengenai dakwaan kononnya Bersih 5 diresapi pengganas IS.

Kumpulan penyokong baju merah berkumpul di hadapan pintu masuk Bukit Aman seawal jam 2 petang sebagai tanda sokongan kepada Jamal.

Jamal berkata beliau menyerahkan 22 muka surat kepada polis bagi menyokong dakwaannya.

Ketua Umno Sungai Besar itu turut mendakwa salah seorang sumber maklumat yang diterimanya ialah daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

“Lebih kurang 22 muka surat dalam dokumen ini hasil daripada sumber dalaman yang sahih. Perkara itu sangat membimbangkan dan sangat menakutkan kami, ” kata Jamal.

“Sebahagian maklumat ini saya dapat daripada Rafizi. Kita dapat maklumat ini dalam waktu sebulan lepas.”

Pada 28 September, Jamal yang kini mendepani usaha menghalang perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November, menuduh Bersih 2.0 merancang menggunakan taktik luar biasa seperti menawan lapangan terbang.

“Melalui sumber yang boleh dipercayai, mereka ini tujuannya untuk menggulingkan kerajaan dengan menawan beberapa kawasan strategik seperti KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), klia2, Putrajaya dan lain-lain tempat,” katanya.

jamal1

No comments: