Monday, 1 August 2016

AG: Jika Amerika mahu beri wang, kami mahu dengar

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan menghantar wakil untuk menghadiri pendengaran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat, dua minggu lalu.
Ini, katanya tindakan menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB itu membabitkan sebuah syarikat milik negara dengan kepentingan Malaysia.
"Saya sedang memikirkan idea untuk menghantar wakil di sana kerana kita mahu nyatakan minat kami. Jika kamu ingin beri wang kepada kami, kami mahu dengar," katanya.
"Saya dan pegawai saya akan hadir bagi menngikuti prosiding itu. Bagaimanapun, saya akan berunding dengan pendakwa raya i sana kerana ia sama sekali prosedur baru dengan sistem (kehakiman dan undang-undang) Amerika," katanya.
Apandi ditemui selepas Ketua Hakim menyerahkan surat pelantikan kepada bekas Timbalan Peguam Cara I Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan peguam Azmi Abdullah sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi.
- MK

No comments: