Thursday, 18 August 2016

Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Jinjang Utara Ditemui

Khamis lalu, Noor Amila Edrus Norsham, 5, dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang ke rumah selepas waktu Maghrib.
KUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak 11 Ogos lalu, ditemukan di sebuah sungai di Kampung Kemensah, di sini, Khamis.
Difahamkan salah seorang suspek yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, Noor Amila Edrus Norsham, membawa polis ke lokasi itu sehingga menemukan mayat pada kira-kira pukul 2 petang Khamis.
Dipercayai polis menjejaki kawasan itu sejak Rabu.
Khamis lalu, Noor Amila Edrus Norsham, 5, dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang ke rumah selepas waktu Maghrib.
Polis masih menjalankan siasatan mengenai kes itu.
- mStar

No comments: