
Katanya seperti yang dipetik The New Straits Times, cadangan kupon berbeza dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada individu yang layak dalam bentuk wang tunai.
“Kupon ini adalah untuk pembelian makanan sahaja. Ia perlu direka dengan ciri-ciri khas atau keselamatan untuk mengelakkannya daripada ditiru atau dicetak semula oleh mana-mana pihak.
“Ia bukan bertujuan untuk menggantikan BR1M tetapi supaya menjadi nilai tambah kepada bantuan kerajaan kepada rakyat,” kataya selepas merasmikan Jelajah Jalur Gemilang peringkat negeri di Kangar seperti yang dipetik dalam laporan itu.
Beliau menyifatkan ia akan menggunakan kaedah yang sama dengan BR1M dan Baucer Buku 1Malaysia, kecuali kupon yang dicadangnya itu dikeluarkan secara bulanan bergantung kepada status kewangan penerima.
- FMT
No comments:
Post a Comment