Polis mengesahkan menerima surat ancaman yang tertera perkataan 'IS Ancam' terhadap pemimpin negara dan beberapa pegawai
atasan kerajaan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Balai Nilai kira-kira 1 tengah hari semalam.
atasan kerajaan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Balai Nilai kira-kira 1 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti pengirim surat tersebut.
"Sememangnya kami telah terima semalam jam 1 tengah hari dan sedang siasat dari mana datangnya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada surat itu ada kaitan dengan perbuatan militan atau sebaliknya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata beliau akan memberi kenyataan dalam masa terdekat.
Surat yang dialamatkan kepada Ketua Balai Polis Nilai itu mengandungi dua helai kertas putih bersaiz A4. Muka surat pertama tertulis 'Is Ancam' dan terdapat sembilan gambar individu merupakan pemimpin negara dan pemimpin Myanmar.
Gambar tersebut ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Mohamed
Apandi Ali dan Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi.
Apandi Ali dan Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi.
Selain gambar-gambar tersebut, terdapat juga perkataan 'Tunggu Surat Rasmi Al-Fatihah'.
- Bernama
No comments:
Post a Comment