Wednesday 17 August 2016

Pulau Pinang beri RM100k untuk Peng Soon, lebih jika menang emas

Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk memberi ganjaran RM100,000 kepada pemain badminton Pulau Pinang, Chan Peng Soon berdasarkan persembahannya di Sukan Olimpik, Rio.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan perkara itu di Dewan Sri Pulau Pinang hari ini.

Lim juga melahirkan harapan bahawa Chan dan pasangan beregu campurannya, Goh Yiu Ling akan mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas pertama negara.

"Kami akan memberi anak kelahiran Pulau Pinang, Chan Peng Soon RM100,000 kerana memenangi pingat perak.

"Jika dia boleh membawa balik pingat emas maka kita akan memikirkan sesuatu yang lebih untuk diberikan kepadanya," kata Lim dalam video yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Chan dan Goh layak ke pusingan akhir acara beregu campuran Isnin lalu.

Pasangan itu mengalahkan beregu campuran China, Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 dalam perlawanan 45 minit yang mendebarkan itu.

Mereka akan berdepan pasangan Indonesia Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada perlawanan akhir hari ini.

Sebelum ini, dalam perlawanan kumpulan, pasangan ranking nomber tiga dunia itu menewaskan pasangan Malaysia 21-15, 21-11 Sabtu lalu.

- MK

No comments: