Thursday 18 August 2016

Saman DOJ juga tertumpu kepada Yayasan DiCaprio

Yayasan kebajikan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio kini di bawah penelitian selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucuthakan terhadap aset yang didakwa diseleweng dari 1MDB, lapor The Hollywood Reporter (THR).

"Menurut DOJ, sesetengah sumbangan derma tertentu oleh pemenang Oscar itu datang terus dari berbilion dolar yang diseleweng di Asia Tenggara," kata artikel versi dalam taliannya yang bertarikh 17 Ogos dengan tajuk 'Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation'.

THR berkata adalah tidak jelas jika DOJ akan juga merampas aset 1MDB yang berkaitan dengan derma oleh Yayasan DiCaprio Leonardo (LDF), kerana jabatan itu tidak mahu mengulas, selain menyatakan siasatan sedang dijalankan.

Namun menurut laporan itu, mereka difahamkan bahawa "badan amal bukannya tidak boleh disentuh dalam kes rampasan aset”.

- MK

No comments: