Wednesday, 3 August 2016

VIRALKAN: KES NAK TUNJUK KUASA KE ATAS SAYA - RATU NAGA

Assalamualaikum maaf hari ni terlalu banyak perkara nak diselesaikan, jadi saya punyai kekangan masa dan gadget untuk update. Ni saya nak buat style Tun M bagi point terangkan apa terjadi

1. Semalam (Isnin) saya ada buat laporan polis berkenaan cytroo berbayar menggunkan fake id telah memfitnah saya mengatakan saya mengaibkan Sultan Pahang. Pada semua yang sedia maklum, semua tahu cytroo berbayar tak punya rasa hormat pada raja-raja melayu banding saya. Dan tak ada sesiapa pun berani nak aibkan mana-mana Sultan sebab NGO saya berpaksikan Islam, Melayu, Raja. Jadi mana raja melayu yang dihina kami akan buat laporan polis. Cuma bila kami buat laporan polis terhadap cytroo berbayar PMO yang kata Sultan Johor tak solat tidak langsung di ambil tindakan sampai hampir setahun laporan kami secara beramai tak ke mana.

2. Dalam hari sama ada laporan di buat oleh pro Najib tapi yang menariknya kurang dalam masa 24 jam tindakan telah di ambil tanpa mengambil titik berat sama ada ia fitnah atau benar. Pakai akal dan mata, di mana kata puji comel adalah satu penghinaan? Dan siapa berani hina Sultan. Tapi kalau sesiapa letak gambar formal muka DS Rosmah saja pun dah ramai akan masuk balon, tapi tidak siapa berani buat macam tu pada Sultan. Saya titik berat pasal Raja Melayu, saya tak peduli kalau Rosmah orang tak hormat dia. Dia bukan siapa-siapa untuk orang hormati selain orang yang berumur dan kawin dengan PM Malaysia. Tak siapa peduli pasal Rosmah kena aib ke tak. Tapi pantang Melayu tak boleh sentuh Agama, Raja Melayu dan bangsa.
3. Punya lah efektif pegawai polis dari bukit aman dan SKMM datang pagi-pagi dok ketuk pintu macam nak roboh pintu sebab saya tak dengar. Laporan saya pun tak secepat itu, malah makan setahun pun ada. Lagi pun cara tak kena. Ya lah, sebenarnya boleh call saya suruh datang ke apa ke kan senang. Tapi sebabkan ada arahan istimewa dari atasan, kena bawa lebih 14 orang datang serbu rumah saya, check badan saya serta kereta saya macam saya ni ISIS. Tapi saya tak salahkan pegawai yang bertugas, dah namanya ikut arahan politician kat atas, kena redha lah. Pada pukul 2pm saya ke balai dang wangi sebab dengar kata wartawan geng merah nak buat report dan PC ke atas saya, namun saya pergi pun nampak hanya ada 2-3 orang yang saya nampak. Mereka tak buat PC tapi mereka hanya sebarkan laporan pada wartawan dalam whatapp. Jadi saya jumpa kawan saya di dang wangi terus pergi ke SKMM cyberjaya sebab jarak jauh saya tak berapa berani sangat nak drive. Jadi saya siap disoal siasat SKMM pada hampir 7pm
4. Di rumah, handphone saya kena rampas sekali lagi. Nampak gaya saya sentiasa di ganggu saya kena beli rumah lain lah. Sampai semua kereta saya pakai pun mereka ambil tahu, jadi saya kena beli kereta lain ikut nama orang lain lah jawabnya. Kalau tak, pasal benda tak ada isu macam ni pun mereka akan ganggu saya. Tugas PDRM banyak, kes tempat bunuh, rogol, mencuri, MO1 (bukti ada pun tak mampu nak buat tangkapa) pun tak boleh selesai lagi. Ni nak gunakan polis untuk pekara remeh pasal Rosmah. Mengarut

5. Cytroo berbayar PMO memang tugas dia untuk kalih isu dan buat isu yang tak munasabah untuk pastikan BN menang dan semua baca termasuk bahagian profesional sedang gelakkan Rosmah sebab isu gambar yang di politikkan, semua sayang pada raja Melayu tapi sikit je suka Rosmah. So kena faham lah kenapa serbuan ini di buat, bukan kisah bab Raja Melayu pun, sebab jilat baik punya hal. Ni ke cara ahli politik BN guna kuasa? dan tuduhan fitnah ke atas saya sampai terpaksa, paksa 14 orang serbu dan ganggu saya. Ini bukan cara menjilat yang baik, tak siapa hina Sultan Pahang dan banyak yang menang tak suka pada Rosmah. So bezakan orang tak suka Rosmah dengan buat posting menghina. Lagi pun saya up status yang tak menghina lagi nak aibkan Sultan langsung. Saya ambil gambar-gambar berkenaan pun dari page "Johor Bangkit" tapi masih tak ada masalah pun dengan gambar semua tu. Yang sedang aibkan Sultan dan politikkan Sultan ada cytroo pro Najib sebab tak suka Rosmah di hina lagi-lagi ada lelaki tua dari Rosmah cium tangan Rosmah, last-last divert ke hina Sultan pula, mana asas tuduhan tersebut?

6. Bab Sultan, status yang mengaibkan boleh cari di page SR, sebab ayat page SR ada menghina Sultan. Tapi di wall saya, tak siapa termasuk saya berani nak hina Sultan dan Raja Melayu. Yang suka hina Raja Melayu adalah pro Najib sebab banyak Raja Melayu ada keluarkan kenyataan sindiran dan mereka mula biadap pada Raja Melayu (namun sehingga kini tiada tindakan diambil, ironik kan)

7. Penyokong Najib dah tak tahu nak tutup mulut saya, maka dengan itu mereka fitnah saya mengaibkan Sultan, padahal page lain yang mengaibkan, bukan saya. Tapi sebabkan saya 'favourite' mereka. Mereka nak pastikan saya diam dengan susahkan saya macam ni, termasuk lah arahan atasan yang salah guna kuasa untuk menjilat Rosmah. Lagi pun nampak gayanya ahli politik kaki jilat ni sedang salah guna kuasa nak ampu boss sampai melibatkan penguatkuasa seperti saya hadapi sekarang ini

8. Bagi saya, saya ambil positif pekara ini, Jailani Menteri SKMM yang baru perlu tunjuk KPI nya pada boss. So saya faham, tapi cara tu akan mendatang permusuhan lagi kuat antara majority rakyat yang sedang menolak kerajaan sekarang dengan pihak Jailani. Jadi saya biarkan apa saja tindakan bakal berlaku kepada saya dengan redha dan saya dah sedia. Hilang harta benda di rampas dan mengadung bukan alasan saya takut untuk hadapi benda salah. Dan saya tak perlu minta simpati sebab apa saya perjuangkan ni benar dan saya setia berkorban. Saya tak takut dengan Najib dan Rosmah dan kuasa yang mereka cuba tunjukkan pada saya, dan saya pun tak akan tunduk langsung pada ugutan. Hanya mati boleh diamkan saya

9. Pada semua pembaca, saya adalah mangsa fitnah dari pihak ahli politik yang pentingkan diri. Untuk dapatkan balik hak kita, saya tetap lawan. Jangan kesiankan pada saya dan saya tak perlu semua tu. Saya akan pastikan ahli politik yang saya menangkan ni tersungkur sebelum waktunya, dan jika tidak sekurangnya saya nak 'parahkan'. Dengan izin Allah InsyaAllah niat baik akan dimakbulkan

Sekian dari saya. Ratu Naga

***Kawan yang amalkan duit sebagai keutamaan sedang di uji bila kala ujian sepatutnya di terima, Allah is Great, trust me

No comments: