Tuesday 16 August 2016

Antikeganasan: Amerika undang mufti Perlis beri pandangan

 
Mutfi Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin diundang memberikan pandangan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkaitan usaha menangani ekstemisme dengan lebih berkesan.

Mohd Asri berkata beliau dijemput oleh biro antikeganasan negara itu untuk sebuah diskusi tertutup.

Biro itu bertanggungjawab menasihat Setiausaha Negara AS John Kerry dalam isu-isu keganasan.

“Panjang juga diskusi kami hari,” katanya.

Gambar mereka bergambar bersama dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Mohd Asri seperti biasa hadir dengan gaya rasmi, berjaket dan bertali leher, selain bersongkok hitam.

Tidak dinyatakan di mana pertemuan itu berlangsung.

- MK

No comments: