Thursday, 11 August 2016

Salleh: M'sia dalam bahaya dijajah 'kawalan minda'

Ketika pencerobohan bersenjata oleh penjajah mungkin sudah lapuk dalam dunia hari ni, negara-negara seperti Malaysia berada dalam bahaya akibat dijajah melalui 'kawalan minda', kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
"Hari ini, pencerobohan tentera tidak lagi boleh digunakan. Kuasa-kuasa besar perlu menjajah negara-negara seperti Malaysia melalui penguasaan ekonomi dan melalui apa yang sesetengah orang panggil 'kawalan minda'.
"Anda perlu mengarahkan pendapat umum dan membimbing pemikiran rakyat. Dan dengan populariti Internet ia mungkin terjadi," kata menteri itu dalam blognya hari ini.
Menurutnya, media dan perbankan adalah sangat penting kepada bentuk penjajahan baru itu.
"Ia pada asasnya penjajahan minda. Ia bekerja 100 tahun yang lalu apabila barat pertama kali memulakan dasar mengawal negara dengan menentukan bagaimana penduduknya berfikir.
"Dan pada masa kini semua yang diperlukan adalah media, media sosial termasuk untuk menjatuhkan negara-negara jika strategi yang betul digunakan," jelas Salleh lagi.
Salleh mengaitkan masa lalu di mana selama lebih 2,000 tahun penjajahan sentiasa melalui campur tangan tentera atau pencerobohan.
Bagaimanapun, beliau berkata darurat di Tanah Melayu, Perang Korea, Vietnam dan lain-lain menunjukkan bahawa kekuatan ketenteraan tidak lagi mencukupi. Ia memerlukan lebih sekadar senjata untuk menguasai sesebuah negara.
- MK

No comments: