Monday 1 August 2016

PRU14: PSM Umum Bertanding Parlimen Cameron Highlands - Video

PSM Umum Bertanding Parlimen Cameron Highlands PRU14

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan akan bertanding di Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

PSM dalam satu kenyataan media berkata, pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Cawangan PSM di Parlimen berkenaan iaitu S.Amachi.
“PSM Cameron Highlands semalam telah mengumumkan akan bertanding pada PRU Ke-14 di kerusi Parlimen P078.
“Pengumuman dibuat semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri,” kata kenyataan itu hari ini.
Kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU 2013 ditandingi oleh calon pembangkang daripada parti DAP, M.Manogaran.
Kerusi berkenaan bagaimanapun dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) daripada parti MIC, G.Palanivel. 
– MyNewsHub

No comments: