Thursday, 18 August 2016

Tangkis ‘tolol’: Pemimpin MCA, DAP berhempas di laman sosial

Ketika pemain badminton negara berhempas pulas di gelanggang untuk mencari pingat emas Olimpik pertama, pemimpin politik negara pula bertarung merebut gelaran ‘siapa lebih tolol’.
Pukulan pertama datang daripada ahli parlimen DAP Ng Wei Aik yang memberikan bola tanggung. Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon tidak membuang membuang masa dan membuat pukulan atau ‘smash’ membunuh.
Semuanya, bermula di mana sosial di Facebook, apabila Ng membidas badan penyiaran negara, RTM kerana menyiarkan perlawanan langsung perseorangan lelaki perlawanan suku akhir antara pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pemain Britain, Rajiv Ouseph.
"Ini adalah siaran langsung perlawanan badminton Olimpik Rio," tulisnya dengan rakaman paparan skrin perlawanan di televisyen.
"Apabila semua rakyat mahu memberi sokongan kepada pemain beregu campuran kita, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang bertarung pada perlawanan akhir di Olimpik Rio, TV1 pula menunjukkan perlawanan antara Great Britain dan Denmark.
"Tidak tahu mengapa! Tak masuk akal RTM dan TV1!" katanya yang tidak menyedari bahawa perlawanan beregu campuran semalam itu dijadual bermula selepas pertarungan suku akhir acara perseorangan.
Selepas siaran itu dikongsi oleh pengguna internet lain, pemimpin DAP yang mungkin malu dengan kesilapannya kemudian memadamkan tulisan itu.
Walau bagaimanapun, ketua pemuda MCA yang sempat membuat rakaman skrin tulisan itu terus melabel Ng sebagai ‘tolol’ di laman Facebook beliau.
"Ahli Parlimen DAP ini adalah ‘tolol’. Dia penuh dengan keangkuhan.
"Adakah dia benar-benar begitu tolol dan tidak tahu bahawa siaran langsung adalah berdasarkan perkembangan perlawanan (perseorangan lelaki)? Perlawanan Malaysia selepas perlawanan Britain lawan Denmark," katanya.
Ng: Saya bukannya tolol, Chong yang tolol.
- MK

No comments: