Tuesday, 11 October 2016

Skandal BSI-1MDB: Singapura dakwa 2 bekas pegawai bank

BSI
SINGAPURA: Polis Singapura hari ini mendakwa 2 bekas pegawai kanan BSI, ketika siasatan berterusan yang membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu, Mei lalu.

Yak Yew Chee ialah naib presiden kanan di BSI Singapura dan mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang dilanda masalah, didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan.

Jabatan Hal Ehwal Komersial polis Singapura memfailkan dakwaan sama terhadap Yvonne Seah, bekas pengarah BSI.

Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk 6 kakitangan dan pegawai kanan pengurusan BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk menilai jika mereka melakukan kesalahan.

- Reuters
 
Post a Comment